Bismillah,
Sempena cuti panjang minggu lepas ( Ahad,isnin & selasa ) Maq bertiga telah pergi ke Melaka. Macam biasalah kami pilih tepian pantai sebagai tempat untuk bersantai.
Rasanya hampir 2 tahun kami tak pergi ke pantai pantai yang ada di Melaka ni.Seperti pantai Klebang,pantai Siring,pantai Puteri.Apa yang mengejutkan bila kami sampai,suasana pantai sudah berubah!
Kawasan bersantai sudah terhad.Sepanjang pantai sedang dalam usaha naik taraf. Tambakkan pasir dijalankan hingga merubah keaslian pantai yang sebelum ini.Pokok pokok ru yang dah tua tu pun dah banyak ditebang.
Kalau dulu,turun kereta ,jalan sikit dah jumpa ombak memukul pantai tapi kalini,nak tengok air pun dah tak nampak.Kena menapak agak jauh dari jalanraya.Nak buat projek apakah ek?
Kami pun tak dapat nak melepak lama kat sini sebab cuacanya agak panas terik.Hanya gambar je jadi bukti kehadiran kami.
Bila dia ambil gambar saya,saya pulak ambil gambar dia.Haaa baru adil!
Okey,jadilah ni buat ado ado.Lepas tunaikan solat zohor di masjid pantai Puteri,kami gerak pula ke pantai Siring.Perjalanan ambil masa 30minit.Jalan pun agak sesak ,maklom hari cuti.
Pantai Siring terletak di kawasan Merlimau, Melaka.Biasanya google map akan bawa kami lalu lorong tepi sekolah tahfiz untuk menuju ke pantai.Kami selalu terlajak.Sebab lorong tu sangat sempit.Muat untuk laluan sebuah kereta.Kadang tak perasan lorong dah terlepas.
Dekat pintu masuk pantai Siring,kereta memang susah nak parking sebab banyak kedai makan viral ada disini.Pengunjung akan bertumpu dikedai kedai makan dan jalan pun jadi sesak.
Pada hari kami berada disana,kami pilih untuk lepak dikawasan jeti.Untuk ke jeti kami kena jalan terus mengikut lorong tepi pantai hingga sampai ke pintu masuk jeti.Caj rm4.00 untuk sebuah kereta.Takpalah,janji kami selesa bersantai disitu.
Bot bot yang dalam gambar tu adalah untuk pengunjung yang mahu ke pulau Besar. Beberapkali juga dah kami datang ke jeti ni tapi entah bilalah dapat melawat pulau Besar tu.Memasing belum berani lagi nak ke pulau tu heeeehehehe..
Petang sebelum Maghrib kami dah pun sampai Batu Pahat. Cukuplah kenangan seharian dipantai pantai negeri Melaka tu.
Antara ciptaan Allah yang kalau kita pandang dapat pahala adalah melihat keindahan laut.Waallahua'lam ❤
Comments
Post a Comment