Skip to main content

Perubahan Dalam Masa 26 tahun


Assalamualaikum.

27 November 2019 - ulang tahun perkahwinan maq dan Encik suami  yang ke 26 tahun. Alhamdulillah..

Bila throwback tentang perjalanan bahtera sepanjang 26 tahun tu,  jujur maq kata, ianya tidak lah sama seperti yang maq impikan ketika kami mula bercinta dulu.


Kalini maq tak nak share pasal lain, cuma nak kongsi perihal kisah  sambutan birthday maq oleh encik suami (kisah  dulu dan sekarang). Kalau rajin bacalah, kalau malas abaikan je.  Sebab benda dah 26 tahun berlaku, panjang  jugak nak dicerita.


Ok,  kalau anda nak tahu, masa bercinta dulu² ( tahun 1989) bila  birthday je dapat hadiah. Kadang tak birthday pun dapat. Bila birthday je dapat keluar jalan jalan pergi makan makan,  dapat kad ucapan ( dulu kan takda handphone, takdalah whatsapp atau facebook dan yang seangkatan dengannya )  yang paling win,  si dia tak pernah lupa tarikh keramat 7 julai tu.    4 tahun bercinta,  1½ tahun bertunang,  ada je hadiah dari beliau bila tiba detik 7 julai!  Haha sweet namaty.  Nasib tak kena kencing manis haha.

Bila sudah berkahwin apa jadi?

5 tahun pertama, kami dah dapat 2 anak dan dah punya sebiji rumah sendiri  dan sebiji motor yang suami gunakan untuk ulang alik pergi kerja setiap hari. Alhamdulillah..

Bila nak jalan jalan, balik kampung atau ke shopping mall, kami akan guna khidmat bas rapid. Masa tu dalam bas berebut tempat duduk dengan pekerja pekerja asing terutama pekerja Indonesia. Berhimpit himpit.  Bersesak sesak.  Tapi alah bisa tegal biasa .  Anak anak pun okey je ,tak pernah menangis pun bila kena berdiri dalam bas disepanjang perjalanan bila penumpang sangat padat. Mungkin mereka telah terbiasa, macam emak ayah dia juga.

Ketika ini juga,  encik suami dah lupa dah tarikh birthday maq,  ejaan nama anak pun kadang kala  dia terkeliru,  tarikh lahir anak anak masih belum boleh hafal.  Apatah lagi nombor surat beranak,  memang siksalah jawabnya nak diingat. Tapi pada maq itu hal biasa bagi orang lelaki,  so maq "no comment... "


Masuk 10tahun perkahwinan. Rumah? kami dah berani dah modal sesikit rezeki untuk renovate. Tambah ruang dibahagian dapur  untuk keselesaan anak anak. Anak pun dah masuk 3orang. Masani kami dah punya sebiji kereta second hand  buatan  dari Jepun. Anak sudah bersekolah rendah 2orang. Pergi balik sekolah guna khidmat van sekolah.  Maq pun dah mulai berani jaga anak asuhan lebih dari 2orang. Pernah ada 1masa th ,maq jaga sampai 8orang ! Tidak termasuk anak sendiri. Walaupun bayaran jadi babysitter waktu tu sangat rendah ( rm 150/sorang baby)  tapi cukup untuk bantu encik suami urus ekonomi rumahtangga.

Dalam situasi ini anda boleh  lihat,  rezeki Allah tidak pernah salah alamat.  Masani anak anak dah tak perlu lagi bersesak sesak dengan pekerja asing dalam bas. Kami dah boleh kemana saja bersama sama dengan selesa dalam kereta buruk kami tu, hehe Alhamdulillah.. Dan bila tiba birthday maq?  Maq sorang je ingat, beli kek sendiri, potong sendiri, lepas tu bagi anak anak sendiri makan, haha settle!  Encik suami?  Dia ingat tapi ingatan  itu akan  berlaku bila dia nampak kek yang anak anak kami makan.  Haha kelako!



20tahun perkahwinan? Birthday maq anak anak je yang ingat.  Encik suami? Hmm?  Hmm!  Hmmm..... Heheheh  hey its okey la.  Kisah pulak maq kalau  dia lupa birthday maq? Bagi maq dia ingat ke tidak, umur maq tetap bertambah ,kan. Tapi rezeki Allah, kebetulan dalam family maq ada 3orang yang sambut birthday yang sama tarikhnya dengan maq,   jadinya kalau encik suami terlupa atau buat buat lupa, dia akan diingat ingatkan oleh ahli keluarga yang lain.  Biasanya di facebooklah dapat wish banyak, hadiah "elek" .

Masa ini juga,  anak  kami yang sulong dah mula bekerja selepas tamatkan pelajaran STPM beliau.  Yang nombor 2 tu pulak sambung belajar. Yang kecil di sekolah rendah. Sekali lagi Alhamdulillah ,Allah permudahkan.




23tahun perkahwinan? Allah beri kami satu lagi peluang.  Maq dapat seorang cucu dan seorang anak menantu .  Masa ni maq pun tak jangka yang along akan mendirikan rumahtangga pada usia seawal 22tahun. Laluan hidup Allah bagi semakin mudah. Apa yang perlu,  bersyukurlah pada setiap saat pemberianNya.  Jangan mengeluh atau rasa tak cukup kerana semua ini hanya pinjaman!

Birthday maq?  Anak anak?  cukuplah dengan  ucapan kat whatsapp je .  Potong kek,  Sambut sambut tu tak perlu dah bagi maq tapi kalau anak anak nak belanja makan, maq setuju jek asalkan tidak ganggu masa mereka. Waktu ini maq dah tahu, yang mereka dah mulai sibok dengan komitmen masing masing.  How about my encik suami?

Tiada kata yang hendak ku pamirkan disini . Tuhan... aku tahu suami adalah rezeki untuk aku.  Aku redha setiap agenda Mu untuk aku dan untuk kehidupanku. Aamiin.. 

Trylah tanyalah encik suami , umur maq dah berapa tahun waktu tu pun pastinya beliau dah lupa! Maq okey jek kok! Orang lelaki memang gitu,  jenis  malas nak serabutkan kepala nak hafal benda benda remeh macamni...

Katanyalah kan... hehe eya aku ok aja koookk..😭




Harini sudah 26 tahun perkahwinan kami. Apa jadi kat kami?

Pada Birthday maq takda dah hadiah dari encik suami,  wish pun dah takda, tak lagi nak  belanja makan makan, takda dah kek. Cuma Maq nak sangat beliau bacakan surah Al fatihah  sebagai hadiah untuk maq sebagai hadiah harilahir. Tapi kadang kadang tu,  anak anaklah yang excited  nak beli kek bagai. Jamu kami  makan makan kat luar.  Beli hadiah untuk maq. So, mereka beli, maq pun terimalah,  Alhamdulillah..


Ingat ye,  Al Fatihah bukan je untuk orang yang dah mati,  yang hidup ni pun perlu dapatkan hadiah Al Fatihah.  


Kini sudah 26tahun perkahwinan - pusingan sweet bercinta kami sudah bertukar menjadi bahagia berkeluarga.  Dari berdua ,kini sudah jadi bertujuh.  Kami tak hirau apa orang nak kata. Takda hadiah birthday pun takpa. Tak sambut pun takpa.  Tak wish pun takpa. Kami tak kaya raya ke?  Tak berjaya ke?  Anak anak pelajaran tak tinggi ke?  Itu rezeki dari Allah,  Itu semua pinjaman  dari Allah.  Kami yang terima, kami yang merasa ,kami rasa bersyukur. Ye syukur  Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.




Segala puji bagi Allah yang membuka luas lorong rezeki buat kami selama 26 tahun ini.  Sempena anniversary  yang ke 26 ini,  maq tak minta lebih.

Readers ❤ , maq hanya mohon doakan agar kami sekeluarga  diberi kesihatan baik yang berkekalan, supaya dipenghujung usia kami nanti, kami masih mampu melakukan amal ibadah kepadaNya dengan khusuq dan sempurna. Mudah mudahan,  Aamiin ya robbal alamiin..

Terima kasih..šŸ’•



Nota maq : jika anda rasa perkahwinan anda sekarang sedang rumit, ketahuilah itu hanyalah permulaan hidup, jangan undur tapi berusaha dan terus berusaha melangkah maju untuk  terus kehadapan.   Jangan fikir bila dah berkahwin anda perlu jadi kaya raya, kerana wang yang banyak itu belum mampu menjanjikan keluarga yang bahagia.

Lagi satu pesan maq , jangan sampai anda berhutang masa dengan pasangan dan anak anak semata mata nak kumpul harta dan kemewahan untuk dunia. Maaf kalau kata kata maq itu tidak sama dengan pendapat anda.Ini hanya bicara hati hak peribadi.. Maafkan saya.

- semua gambar gambar tu bila dah ada smart phone baru dapat selfie bersama huhu (  gambar tahun 2016 - hingga  sekarang )


**Birthday  maq tahun depan agak agak siapa yang akan sambut?  Ainul Mardhiah kot, waallauhua'lam... šŸ˜‚

    " alang alang bercinta, biar sampai Syurga"

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman SurišŸ’• Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...