Assalamualaikum.
Bawah ini adalah perkongsian dari seorang sahabat sekolah. Satu perkongsian yang baik untuk dijadikan panduan bagi semua orang , terutamanya untuk diri maq sendiri.
Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
2. Selepas Subuh, zikir 100x tasbih,tahmid dan takbir, 100x selawat & 100x istighfar.
3. Kemudian bacalah surah Yasin, Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari solat sunat Isyraq 4 rakaat, Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selepas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari)
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.”
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 100x tasbih,tahmid dan takbir, 100x selawat & 100x istighfar. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda:
“ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
8. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya,baca lah surah Al Mulk dan As Sajdah
9. Selepas Isya’ bacalah surah Al- Waqiah Allah janji akan memelihara daripada kefakiran.
10. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
11. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
12. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
13. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
14. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
15. Malam Jumaat merupakan salah satu dari pandangan Allah(yang menyelamatkan hambanya) maka perbanyakkan Selawat, malam Jumaat baca surah Al Kahfi, Ad Dukhan serta datang awal ke Masjid.
16. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
17. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam.
18. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
19. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
20. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
#cantikdimata_indahdihati
#DakwahSentapOfficial
Thanks for share ilmunya,.
ReplyDeleteKatilayu Daging : most welcome..
ReplyDelete