Skip to main content

20 Jenis Petua Didapur





20 Jenis Petua Dapur Yang Wajib Tahu.

Selamat memasak kawan kawan!

Bismillah,

1. Gulai kurang menjadi. Santan minyak tidak pecah- Letakkan senduk kayu di dalam periuk. Gunakan api perlahan. Santan akan tidak pecah minyak.

2. Cekodok garing, rangup dan sedap- Bancuh garam (ikut sukatan korang) dengan air panas kemudian letak sebiji telur, hah jangan lupa cuba

3. Mengekalkan warna sayur hijau- Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.

4. Menghilangkan hanyir ikan dan makanan laut-  Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.

5. Merangupkan acar mentimun- Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

6. Menghilang bau hangit nasi- kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.

7. Tauge segar- Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.

8. Menghilangkan rasa pahit pada sayur peria -  potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 – 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.

9. Elak sayur keladi gatal apabila dimakan-Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti.

10. Supaya Telur Tahan Lama- bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

11. Mengempukkan daging- sebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.

12. Menghilangkan bau peti sejuk- selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.

13. Membuat krim coklat yang berkilat- Tentu ramai yang menginginkan kek coklat yang cantikkan? Caranya mudah jer, apabila krim coklat yang dibuat daripada coklat masakan tu dah masak, letakkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat, sebelum disapukan di atas kek kita.

14. Memekatkan sup/kuah- Kadang-kadang kita terbubuh  banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

15. Menghilang Tanda Hitam Pada Periuk-
Masukkan sedikit serbuk penaik baking soda bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

16. Hilangkan Lendir Bendi - untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

17. Menghilangkan bau cili semasa memasak- bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat mencuba.

18. Kuali Melekat- Kuali baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

19. Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik-Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

20. Mengelakkan pisang cepat busuk- Ambil secupak beras dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, insya Allah pisang tidak cepat busuk.

Selamat Mencuba…
#copypaste



Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Khutbah Jumaat JDT

        INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 06 Mac 2020                  11 Rejab1441 TAJUK  :  Menghargai Wanita                 1) Agama Islam- agama yg hormati kaum Wanita; iktiraf kepentingan mereka dlm kehidupan; Allah letak kedudukan Wanita di tempat mulia. 2) Firman Allah Surah An-nisa'/32 bermaksud: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (utk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yg lain (tentang harta benda ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) kerana (telah tetap) orang orang lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan." 3) Kaum Wanita- golongan istimewa; berperanan dlm kehidupan keluarga masyarakat & negara; berkebolehan laksana dua kerja dlm satu masa; sebagai isteri dan  sebagai ...

5 Sikap Yang Mematikan Perasaan Pasangan

  sekadar hiasan** Bismillah, 5 sikap yang mematikan perasaan pasangan. 1.Bahasa Kasar. 2.Memandang Remeh kepada pasangan. 3.Banyak mengarah pasangan. 4.Membandingkan pasangan dengan orang lain. 5.Sikap mengungkit dan menyimpan dendam. Sumber dari sedutan Ceramah Ustazah Nazirah Abu Bakar. Semoga kita tidak menjadi pasangan yang bersikap seperti diatas.

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

  Bismillah, Smoothie Semulajadi Untuk Turunkan Asid Urik Bahan-bahan: 2 batang saderi (celery) 1 biji timun (saiz sederhana – organik lebih baik) 1 biji epal hijau ½ biji lemon (ambil jus sahaja) 1 sudu kecil halia segar (dihiris nipis) 1 gelas air sejuk ATAU air kelapa muda (pilihan) Pilihan tambahan: Beberapa helai daun pudina (untuk rasa segar) Cara Penyediaan: 1. Basuh semua bahan hingga bersih. 2. Potong kecil supaya mudah dikisar. 3. Masukkan semua bahan ke dalam blender bersama air pilihan. 4. Kisar sehingga halus dan sebati. 5. Teruskan minum ketika masih segar – sebaiknya waktu pagi semasa perut kosong.  Tips Penggunaan: Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk kesan yang optimum. Elakkan menambah gula atau pemanis. Jika anda mempunyai perut sensitif, mulakan dengan kuantiti kecil dahulu dan tingkatkan secara beransur. Khasiat Setiap Bahan: ♥️Saderi & Timun: Diuretik semulajadi, bantu buang lebihan asid urik melalui air kencing. Kaya air dan rendah kalori. ♥️Epal H...

Senaman Bersesuaian Penyakit

  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner 💕