Skip to main content

Nusyuz - Ilmu Munakahat




TANYALAH USTAZ TV3

(Da'i Hilman&Ustaz Masturi Rahmat)




MUNAKAHAT- NUSYUZ
•••••••••••••••

Didalam perkahwinan tentu seronok bila bahagia.Didalam kebahagian juga akan ada  kecelaruan masalah suami isteri.


WANITA ADALAH ORG YG PALING MUDAH MASUK SYURGA.JIKA SEORANG WANITA SOLAT, BERPUASA, MENGAWAL KEHORMATANNYA DAN TAAT SUAMI MAKA MASUKLAH MEREKA KE DALAM SYURGA.


Nusyuz ialah tempat yang tinggi, membangkang, derhaka yang tak taat. Nusyuz ialah penderhakaan, pengabaian tanggungjawab dari pihak suami atau dari pihak isteri. Nusyuz bukan pada pihak isteri sahaja.Nusyuz juga ada dari pihak suami.

NUSYUZ ADALAH ISTERI YANG DERHAKA.NUSYUZ SEORANG SUAMI IALAH SUAMI YANG MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN MENGABAIKAN ISTERI.


Wanita² yg nusyuz, nasihatilah mereka.Bila kita lihat tanda² isteri yg nusyuz:

1)Nasihatkan isteri
2)Pisahkan tempat tidur
3)Pukullah mereka.


Jika mereka sudah mentaatimu maka janganlah kamu mencari~cari jalan menyusahkannya.


Nusyuz ada dua melalui percakapan :

- bercakap kasar dan menengking~nengking.

- Memburuk~burukkan suami atau keluarga suami tanpa alasan.

Nusyuz melalui perbuatan:

1)Tak mahu melayani kehendak suami

2)Keluar tanpa izin suami.

3)Ingkar berpindah bersama suami.

4)Tidak menjaga maruah suami.

5)Tidak menghiasi diri dgn sebaik~baiknya (berhias utk suami bukan utk org lain)

6)Membantah perintah suami.

7)Berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.


NUSYUZ SUAMI KEPADA ISTERI:

Tidak mengindahkan isteri tanpa sebab.

Menyakiti isteri tanpa sebab munasabah.

NUSYUZ SUAMI DARI SEGI PERBUATAN:

*Tidak melakukan hubungan kelamin dgn isteri.

*Bertindak kejam dan keras terhadap isteri dgn memukul.

*Tak beri nafkah (kedekut).

*Mengabaikan tempat tinggal.

*Tak menghormati dan memelihara kehormatan isteri (tak perlu beritahu orang lain isteri sedang kedatangan haid)

*Berpoligami tapi tak berlaku adil.

LELAKI YG BERISTERI LEBIH DARI SATU KENA BERLAKU ADIL DGN ISTERI².


Kesan nusyuz tak dapat nafkah diri ,tak dapat nafkah eddah,tak dapat penjagaan anak.


DALAM RUMAHTANGGA KITA KENA BERKASIH SAYANG DAN MUDAH²AN TAK TERJADI NUSYUZ DARI SUAMI ATAU ISTERI.


ADAKAH NUSYUZ PENYEBAB UTAMA PEREMPUAN MASUK NERAKA?


Selepas solat gerhana Rasulullah cerita pada sahabatnya :


"aku melihat neraka majoriti penghuninya para wanita. Disebabkan kekufuran mereka. Kufur kebaikan suami."


KEBANYAKKAN WANITA MASUK NERAKA KERANA KUFUR (ingkar kebaikan suami).


Nak taat pada suami bukan perkara mudah.Taat kerana Allah bukan kerana dia seorang suami.


APABILA AKAD NIKAH, BILA DIKATAKAN SAH MAKA PADA MASA ITU BERPINDAHLAH TANGGUNGJWAB IBUBAPA KEPADA SUAMI.


Suami menanggung dosa² isteri (isteri tak tutup aurat, apakah suami membiarkan) suami yang akan menanggung dosa isteri.Tanggungjawab seorang suami bukan mudah.


APA BEZA NUSYUZ DGN DAYUS?

Dua perkataan ini dua perkara yg berbeza.

Nusyuz ialah ingkar.

3 GOLONGAN YG TAK DAPAT MASUK SYURGA:

1)Penagih arak.
2)Orang yang menderhaka pada ibubapa.
3)Orang yang dayus


Dayus ialah membiarkan kejahatan dalam keluarga.Isteri atau anak telah melakukan kejahatan dan suami membiarkan begitu sahaja tanpa nasihat. Suami yang tak menasihati isteri ini,inilah dikira dayus.


ISTERI TAK MENUTUP AURAT DAN ISTERI YANG BERPERGIAN DENGAN LELAKI LAIN TAK RASA CEMBURU,INILAH LELAKI DAYUS. YANG TAKKAN DAPAT MASUK SYURGA.


Jika lihat kemungkaran dalam ahli keluarga, cepat² beritahu (nasihat dengan perkataan yang lembut bukan dengan kata² yang kesat atau maki hamun).


KEBANYAKKAN GOLONGAN MUDA BERCAKAP DGN KASAR PADA PASANGAN SUAMI ISTERI,APAKAH INI DIKIRA NUSYUZ?


Nabi bercakap baik pada isteri²nya. Nabi bercakap lembut.Walaupun dalam keadaan bergurau mesti jaga adab dan percakapan supaya tak saling menyakiti. Kena hormat suami kerana suami ialah org pertama yg beri perlindungan.Suami kena selalu beri ketenangan  pada isteri bila isteri sedang panik.


ADAKAH DENGAN NUSYUZ BERI INGATAN PADA KAUM HAWA UNTUK JADI ISTERI YG SOLEHAH?


Dalam satu perkahwinan carilah wanita yg solehah.Semua orang mengidamkan utk dapat isteri yang solehah.Ini salah satu pengajaran.


SEBELUM BERKAHWIN MESTI ADA ILMU PERKAHWINAN.


Nusyuz terjadi dari zaman Rasulullah sampai ke hari ini.Kadang² suami isteri tak faham apa itu nusyuz.Bila isteri tahu apa itu nusyuz,isteri berjaga~jaga supaya tak jadi isteri yg nusyuz.


Nusyuz ialah satu sempadan pada suami isteri supaya jangan derhaka pada suami isteri dan jangan derhaka pada Allah.


APAKAH DIKIRA NUSYUZ BILA SUAMI MELARANG ISTERI MELETAKKAN GAMBAR DI MEDIA SOSIAL TAPI ISTERI TETAP MELETAKKANNYA DAN BOLEH DICERAIKAN ISTERI YG NUSYUZ?


Jangan salah gunakan FB. Sebagai seorang isteri kita perlu ada adab². Dalam FB bila isteri paparkan bentuk badan dan wajah isteri dan ada orang yg boleh tenung wajah isteri sehingga orang lain boleh jatuh hati. 


Apabila suami telah perintahkan isteri jangan posting gambar,hukumnya haram posting gambar kerana suami tak beri posting dan dosanya ditanggung oleh suami. Kalau nak posting pun jangan posting gambar yg terlalu gairah. Bila ingkar apa yang suami suruh boleh juga disebut sebagai isteri yang tak mahu dengar perintah suami dan berhias utk orang lain.


SUAMI JANGAN CEPAT MENCERAIKAN ISTERI.JANGAN TERUS CERAI BILA ISTERI NUSYUZ.KALAU BOLEH JANGAN SIKIT² NAK SEBUT CERAI.NASIHAT DULU KEPADA ISTERI YG NUSYUZ.BERBINCANG DAN JANGAN MAKI HAMUN.


Suami kena sabar bagaimana nak handle isteri.Nasihat isteri supaya takutlah pada Allah kerana isteri yang nusyuz tak dapat masuk syurga. Nasihat isteri dgn cara pisahkan tempat tidur.


ADA ISTERI YANG RELA TAK TIDUR DGN SUAMI DAN DIA LEBIH ENJOY TAK TIDUR DGN SUAMI.


Jika pisahkan tempat tidur pun tak berkesan boleh berbincang dgn org tengah. lsteri juga ada hak minta fasak jika suami tak bertanggungjawab.


MAK MERTUA BAWA ISTERI TANPA IZIN SUAMI TINGGAL BERSAMANYA, BAGAIMANA USTAZ?


Hak isteri dari izin suami.Walaupun itu emak dia,kalau boleh ibu janganlah ajar anak macam tu kerana anak kita sudah ada suami.Kalau mak atau ayah kita ajak keluar,kita jangan terus pergi.Kena minta izin suami terlebih dulu.


ADA SUAMI YG KERJA TAK MENENTU DAN ISTERI YG MENANGGUNG KELENGKAPAN KELUARGA, APAKAH INI BOLEH DIANGGAP SUAMI YANG NUSYUZ?


Tanggungjawab suami ialah memberi nafkah pada isteri.Ada suami yg bekerja tapi tak ada pendapatan tetap.Kalau suami tetap bekerja inilah suami yg ada usaha walaupun pendapatannya kecil. 


Isteri yg solehah adalah isteri yang tak menuntut nafkah yg tinggi.Isteri hendaklah membantu suami bila pendapatan tak cukup.Jika isteri itu redha dgn membantu suami itu amal yg sangat baik sebagai sedekah.Jika isteri tak redha,isteri boleh buat pilihan.


Bincang dgn suami dan jika suami tak mahu dengar,isteri boleh menuntut fasak dan boleh bercerai dgn cara khuluk (tebus,bayar sesuatu pada suami supaya dilepaskan).


INI UTK ELAKKAN NUSYUZ BILA ISTERI TAK REDHA.


PUKUL YANG BAGAIMANA YANG DIBENARKAN KEPADA ISTERI YANG NUSYUZ (yang tak mendera)?


Bila isteri nusyuz, suami beri nasihat, pindah tempat tidur dan pukul. Pukul jangan sampai cedera.Kita kahwin dgn isteri bukan kita nak pukul isteri.


KALAU KITA SELALU MENYAKITI ISTERI,ALLAH AKAN TARIK REZEKI KITA SEDIKIT DEMI SEDIKIT. ALLAH DENGAR DOA ISTERI. INILAH MUSTAJABNYA DOA ISTERI.


Jangan pukul isteri pada mukanya. Jangan pukul menyakitkan. Pukul² sayang takpa.


PUNCA ISTERI NUSYUZ KERANA SIKAP SUAMI, BAGAIMANA ISU SEBEGINI?


Kalau isteri nusyuz,suami kena melihat diri sendiri dulu.Suami kena muhasabah diri sendiri dulu jangan hanya nampak kesalahaan isteri. Kadang² ini adalah ujian.Masing² muhasabah diri.Isteri jangan salahkan suami dan suami jangan salahkan isteri.Jangan besarkan perkara yg kecil dalam rumahtangga.Cepat² settlekan.Kita mesti berusaha utk menunaikan tanggungjawab bersama.


KEBAHAGIAAN ISTERI PADA KEBAHAGIAAN SUAMI.SUAMI MESTI BERI CONTOH PADA ISTERI.ISTERI YG KITA KAHWINI ITU TERIMALAH IA SEADANYA.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

Bunga bunga yang sedang mekar,bukan penanamnya yang dikenang tetapi orang yang kreatif menghiasnya bakal dipuji dan mendapat nama.
 GAMBAR SEKADAR HIASAN ❤

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...