Sorang lagi sahabat sekolah tinggalkan kami



Assalamualaikum.

25hb November 2019. Selepas solat maghrib, maq dapat berita dari seorang sahabat sekolah melalui aplikasi whats app.  Ayat beliau.


Innalillah. Al-fatihah..



بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ 
عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


Pergi yang tidak akan kembali.Semoga Arwah *Fatimah bte Kassim* ditempatkan dikalangan para aulia.Arwah baru sekejap mengembuskan nafasnya selepas  maghrib 25/11/2019.


**Terpegun sekejap sambil  berulang ulangkali membacanya**


Akhirnya seorang lagi sahabat sekolah maq pergi meninggalkan kami.  Allah lebih sayangkan dia.  Kami redha..Terima kasih kepada sahabat sahabat yang telah berusaha untuk ziarah  dan memberi perhatian kepada arwah Fatimah Kassim ketika masih hayatnya.  Allah je yang mampu membalas kebaikan kalian semua.




(Gambar - antara kawan kawan maq yang sempat ziarah arwah )

Alhamdulillah, maq bangga punya kawan kawan sekolah seperti kalian. Semoga Allah merahmati kalian sekeluarga.🌹

Nyawa ini hanya pinjaman dan yang dipinjam pasti akan dipulangkan kepada Tuan empunya satu masa nanti.


Maaf Sahabatku Fatimah Kassim .. Aku tak dapat nak pergi ziarah kau buat kali terakhir haritu atas masalah peribadi yang tak dapat dielakkan.


Dan bila maq masuk dalam group ex pekerja mitsumi,  ( group kawan kawan sekerja satu masa dulu)  rata rata buddies  sebut tentang kebaikanmu, Mah.  Memang maq sengaja jadi pemerhati dalam group tu sebab maq nak kenal apa itu nilai  erti persahabatan dikalangan mereka.


Ternyata 2 group itu amat menyenangi dengan arwah.

 Alhamdulillah. Allah Sayang ❤

Comments

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun...Al Fatihah...

    ReplyDelete
  2. Innalillahhiwainnailaihirojiun...Al Fatihah...
    Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman. Aamiin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026