SPM - Doa Jangan Putus


Assalamualaikum.

Esok,  28hb November, Aida ( anak bongsu maq )  ada kertas akhir untuk SPM nya. Mata pelajaran akaun akan menutup tirai SPM 2019. Semoga dipermudahkan  ya sayang.


Hari ini kalau kita lihat, selepas je habis peperiksaan,  sesetengah pelajar akan berseronok dengan masih memakai uniform sekolah mereka. Mereka rasa mereka sudah bebas!  Mereka dah boleh lakukan apa sahaja yang mereka suka termasuk mengganggu perjalanan lalu lintas jalanraya. Termasuk juga menjahanamkan harta sekolah.  Ye,  buat je apa yang mereka suka. Siapa nak halang?  Cikgu? bukan cikgu  dapat jumpa  mereka lagi selepas exam tu.



Sedih baca Berita ini. Tapi benda dah berlaku. Ye betul mereka bukannya anak anak maq tapi merekalah anak anak yang akan menerajui Malaysia sikit masa nanti.  Maq terkilan..

Orang orang dekat jalanraya tu kenapa tak marah?  Siapa peduli? 

Untuk enjoy selepas habis periksa masih ada banyak cara untuk meraikannya. Bukan dengan cara begini..


Anak anak.. Sebenarnya yang sudah bebas sekarang ini cuma kertas peperiksaan kamu,  kertas jawapan kamu masih menunggu pemeriksa.Kertas kertas itu masih menunggu  dan masih ada yang belum terusik lagi.

Kalian sebetulnya belum merdeka.  Kalian masih perlu terus berdoa untuk kejayaan yang kalian perjuangkan didewan peperiksaan sebelum ini.

Tolonglah jadi waras sedikit.  Gunakanlah seinci dua sikap  ' nilai murni'yang cikgu cikgu anda pernah ajar kan kepada kamu.

Selepas berakhirnya peperiksaan,  kalian kena pastikan,

❤Teruskan berbuat baik kepada semua orang.

❤Teruskan menghormati semua orang.

❤Teruskan jaga adab tatatertib dengan setiap orang termasuk kepada kedua ibubapa mu.

❤Teruskan berdoa demi sebuah kehidupan yang cemerlang.

❤Teruskan merayu kepada Allah untuk kejayaan peperiksaanmu.

❤Teruskan melakukan solat,  solat hajat, solat taubat, solat lima waktu.

❤Teruskan lakukan aktiviti sihat, keagamaan yang kalian buat semasa sebelum exam haritu. Jangan berhenti.

❤Terus jauhi maksiat.  Jauhi dari menyakiti hati oranglain.

❤Tolong jangan  berhenti berdoa kerana kertas  jawapan anda ditanda oleh manusia. Yang mana sifat hatinya sentiasa  berbolak balik.

Teruskan berdoa ...

Jika mahu keputusan yang membahagiakan,  teruskan bahagiakan hati semua orang. Insyaallah, Allah Maha Menguasai pada setiap hambaNya. Doa jangan putus.

Nota maq : Jadilah mahlok yang lebih bermakna selepas  tamatnya peperiksaan SPM.

Popular Posts