Assalamualaikum.
- ini cuma pendapat peribadi-
Terkejut juga bila ramai yang kirimkan tajuk akhbar diatas tu dilaman laman sosial semalam.
Ibubapa kena denda , hukuman penjara 5 tahun? Allahhuakhbar..
Jika benar kenyataan kerataan akhbar atas tu .Memanglah tak dapat dinafikan ,ibubapa adalah salah bila membenarkan anak anak mereka berkeliaran dengan kawan kawan mengayuh basikal lajak tanpa ciri ciri keselamatan dan mengganggu pengguna jalanraya yang lain.
Tapi seperti kita sedia maklom , anak anak ni mereka licik. Kadang kadang ibubapa sendiri tak tahu menahu pun yang anak mereka ada aktiviti bahaya begitu. Anak cakap lain , rupanya mereka ketempat lain.
** ( ini pengalaman sendiri jadi budak hehe. Cuma belum pernah sekali pun cuba naik basikal lajak tu. Seram, takut patah jek )
Zaman sekarang , kita pun tahu. Kebanyakkan ibubapa terpaksa berkerja siang malam untuk keselesaan hidup. Tak kuramg juga yang berhari hari tinggalkan anak anak dan isteri/suami kerana kerja diluar kawasan.
Jadi, peluang yang ada tu telah disalah gunakan si anak untuk enjoy bersama kawan kawan dan basikal lajak mereka.
Anda bayangkan! Kalau ibubapa dipenjara 5tahun , maq rasa makin huru hara kehidupan budak budak tu. Sedang ibubapa mereka pergi kerja pagi balik malam ,pergi kerja malam baliknya pagi ,mereka dah berani keluar rumah jam 2-3 pagi. Bagaimana jika orangtuanya bertahun tahun dipenjarakan? Allahhu .. Anda boleh bayangkan sendiri permasalahan tu.
Nak bayar denda RM 20,000? Anda rasa mereka mampu?
Maq rasa jalan paling elok, haramkan je penggunaan basikal lajak yang tak sempurna sifatnya tu. Haramkan sama seperti undang undang negara mengharamkan dadah !
Tapi tak perlulah hukuman ke tali gantung ,ye tak? siapa siapa yang memiliki basikal lajak , basikal disita , pemiliknya akan ditangkap dan ditempatkan disekolah pemulihan akhlak untuk jangka masa tertentu. Gantung sekolah pun boleh , atau ditahan dilokap kemudian diberi kaunsling. Masatu kalau tak insaf juga, tak tahulah.
Untuk tangkap dan penjara ibubapa mereka tu sangatlah tak wajar bagi maq.
Sebab tu tajuk entri kali ini , maq sarankan pertimbangkan semula hukuman pada isu basikal lajak tu.
Cadangan nak diketengahkan aktiviti basikal ini dan nak diberi kesesuaian kawasan berbasikal, maq rasa tak perlu lah kot. Bukan boleh bawa ke peringkat dunia pun basikal lajak ni. Lainlah kalau main motor ke ,main bola ke , siapa hebat boleh jadi wakil negara satu hari nanti. Itu barulah berbaloi.
Ibubapa mulai sekarang kena pantau aktiviti anak anak 100% . Lebih lagi akan tiba cuti sekolah hujung tahun tak lama lagi. Kalau pukul 12tengah malam ,anak anak anda masih takada didalam rumah , ada sesuatu yang tak kena dengan mereka . Segeralah bertindak kalau sayangkan anak..❤
Nota maq : sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tak berguna. Anak itu anak anda , keselamatan mereka tanggungjawab anda dan masyarakat. Kalau ada jiran jiran tegur perilaku anak ,jangan lah cepat nak sentap, ucaplah alhmadulillah sebab ada juga yang sayang anak anda dan perihatin.
anak2 sekrg memang
ReplyDeletesusah nak pantau terlebih cerdik
tapi hukuman tu relevan ke?
takut nanti org yg melanggar
bebas tanpa hukuman...
Hasliynda : hal macam tu yg membimbangkan.
ReplyDelete