Kalau Maq Jadi YB?


Assalamualaikum.

Tajuk tu nampak sangat berangan level tinggi. Soalan yang telah diajukan oleh anak bongsu maq sendiri.

"Apa mak akan buat kepada penduduk kalau maq dipilih  jadi salah sorang  YB dikawasan tersebut? ( Yang Berhormat )"

Haaa..telah sedia maklom ,part berangan memang maq terrerrr.. .

Okey kalau maq lah  menjadi seorang YB , pertamakalinya maq nak tubuhkan satu parti politik ! Biasalah kan , bila ada YB je,adalah cerita politik , bila cerita pasal politik je ,tentunya berkaitan dengan adanya cerita pasal YB.

Maq nak namakan parti tu  sebagai " parti mangkok tingkat ". 

Ada rahsia ni tau tapi malas nak cerita detail pasal mangkok tingkat ni. Mata dah mengantuk ...



Apa janji maq untuk rakyat?

Okey ,maq taknak buat janji banyak banyak kepada rakyat. Cuma maq akan  fokus  pada hal keagamaan bagi setiap kaum. Bagi yang beragama islam, maq akan adakan  satu program khas .

Setiap hari , YB akan berkunjung kerumah  rumah penduduk , berjumpa rakyat setempat yang beragama islam.

Untuk?

Ya ,untuk mendengar bacaan Surah Al Fatihah dari penduduk yang beragama islam. YB maq nak tahu adakah bacaan mereka itu betul mengikut tajwid atau perlu diperbetulkan oleh ustaz² ataupun ustazah². Dan YB maq nak pastikan setiap muslim dan muslimat dapat baca al Fatihah dengan betul dan tepat.

Sebab,kalau bacaan surah Al Fatihah sudah salah , solat mereka sudah tentu jadi tidak sah. Dan kalau solat sudah jadi tidak sah. Bagaimana dengan  kehidupan mereka disepanjang hayat mereka itu? Bagaimana dengan rumahtangga mereka ? Anak cucu mereka? Keturunan mereka? Bagaimana dengan masa depan muslim negara?

Sedangkan negara ada ramai penghafal Al Quran. Pakar pakar al Quran. Pengajar Al Quran. Orang orang Jabatan Agama harus turun padang untuk sama mengatasi masalah ini. Itu memang tanggungjawab mereka! Dan tanggungjawab YB !

Allahhuakhbar.. Tinggi betul hajat YB mangkok tingkat ini kan.

Bagi YB maq , apa guna kerajaan bayar gaji tinggi dengan alaun yang berbagai bagai tapi rakyat solat pun tak sah. Silap silap YB dengan rakyat pun sama je  dua kali lima!

Takbir lagii..

Wahai para suami yang soleh dan bertanggungjawab,

tolong semak bacaan surah Al Fatihah ahli keluarga anda sekarang.

Betulkah bacaan dari isteri dan dari anak anak anda itu?

Pastikan kesemua mereka membacanya dengan bertajwid yang sempurna.

Tak perlulah nak jadi YB dulu baru nak semak.

Sekarang pun dah boleh check.


  • Maq jadi YB? Yesss..YB yang suka berangan 😂 maafkan saya..heeee..


 Nota : Esok  16/11/2019 -Selamat mengundi bagi penduduk Tanjung Piai ,Pontian ,Johor. Pilihan anda penentu masa depan anda. Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar ❤


YB Maq nak tidur ,kikiki 😆

Comments

  1. Alhamdulillah bagus yb ni mama nak dftar la

    ReplyDelete
  2. Mama : meh le daftar. Nanti boleh jadi ketua wanita bahagian utk parti mangkok tingkat ,😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026