Tolonglah Celik Faraid

 

sekadar hiasan***


Bismillah,


Dalam masyarakat kita ,lama dah maq perati, bila belakunya satu kematian dan si mati meninggalkan sejumlah harta, kebanyakkan ahli keluarga masih kurang ilmu tentang pembahagian harta tersebut.Lebih lagi berkaitan  hukum Faraid. Bincang pasal faraid ini bukan sebab tamak tapi sebagai memenuhi hukum yang telah ditetapkan didalam islam.


Kadang tu, macam macam hukum baru yang tetiba muncul dari kalangan mereka ( anak cucu si mati ) sedangkan perihal harta peninggalan ini sudah pun disebut satu persatu dalam al Quran.


Dan andaikata anak cucu simati kurang arif dalam bab menguruskan harta peninggalan  ini,adalah disarankan buat lah sedikit rujukan daripada pakar.Pergi saja ke pejabat agama yang berdekatan,ambil sikit ilmu dari mereka.Sebab semua urusan itu memang dalam bidang mereka.


Video dibawah ini salah satu solusi pada masalah faraid yang mana pada awalnya ahli keluarga dengan rileksnya ' memandai mandai' telah menjatuhkan hukum yang direka sendiri.



Nauzubillahiminzaliq.


Anda janganlah buat macam tu ye,kalau tak tahu baik bertanya daripada memandai buat hukum sendiri last last nanti terambil yang bukan hak.Ini sangat bahaya! Kata ustaz wajib atasnya neraka & haram baginya syurga kepada mereka yang ambil atau makan hak orang lain.Allahhuakhbar.


Banyak yang kita kena fahamkan tentang harta peninggalan simati dan hukum faraid.Apa pun anda janganlah anggap orang yang ajak bincang pasal faraid ni sebagai 'ahli keluarga' yang nak berebut harta pulak.Mereka tu cuma menegakkan hukum yang sudah tersedia dalam agama islam.


Sebab mereka juga tahu,apabila terambil hak ahli keluarga yang lain,hukumnya berdosa.Dan melengah lengahkan pembahagian harta peninggalan jugak beri kesan yang membebankan dikemudian hari. Dikhuatiri jika belaku ' kematian bertindih' urusan akan jadi semakin rumit.


Harta peninggalan si mati ,bukan sahaja tanah,rumah ,barang kemas dan duit simpanan,malahan sebatang pen pun jika masih boleh diguna,ianya wajib difaraidkan. Hati hati guys.


Mana mana individu yang jadi pemegang amanah yang menguruskan harta pusaka tu,eloklah uruskan segera. Selesaikan dulu mana yang sedia ada,yang susah nak settle tu, buatlah kemudian. Jangan nak tunggu semua settle baru nak urus,nanti makin pening bila urusan dah kena masukkan nama cucu cucu pulak hanya disebabkan salah sorang anak simati pula telah meninggal. 


Maq cuma sampaikan apa yang maq dah belajar berkaitan isu ini.Selebihnya anda ' study' lah sendiri.


Lagi satu, adik beradik lelaki yang dapat hak faraid lebih sedikit dari adik beradik perempuan tu,janganlah pulak anda fikir itu hak anda 100% ,sebenarnya lebihan yang anda dapat tu adalah untuk bantu saudara perempuan anda jika mereka ada masalah. Jangan dok asik ingat nak besarkan rumah atau nak beli kereta baru pulak! 


Dan! Orang yang berhutang dengan si mati wajib langsaikan hutang hutangnya kepada keluarga simati kerana duit hutang itu pun akan dimasukan dalam senarai harta pusaka simati dan kena faraid.


Guys,pleaselah celik faraid.Please elakkan makan hak saudara mara sendiri.Jenuh tau nak 'berurusan' dekat padang mashyar nanti.Kat dunia mungkin korang lepas tapi kat padang mashyar semua akan terbongkar dan disaksikan oleh semua orang.


Mati bukan pengakhiran.Mati cuma bertukar alam.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

Done booster ?

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Aturan Allah Sangat Indah

Iltiqa' Sakinain

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam