Skip to main content

Vaksin Meningococcal Digantung

 

The Meningitis Requirement Is No Longer Required & Has Been Suspended For Umrah


Jumaat 8 Syaaban 1446H.


Bismillah,

Harini maq terjumpa kenyataan diatas tu dari Page rasmi facebook haramain.


Vaksin Meningococcal digantungkan untuk umrah. Maksudnya tak diwajibkan ambil buat masa terdekat ini.


Sahih ke ni? Mana link ? hahaha ayat ni wajib maq jumpa bila layan facebook.Hebat facebooker zaman now.Maju sangat, semua nak backup dengan link.Silap silap scammer pulak yang bagi link nanti ,lagi haru.


Nauzubillahimiznaliq..


Dan korang atau ahli keluarga korang atau jiran tetangga korang yang merancang nak ke Arab Saudi tu bolehlah confirmkan dengan agensi yang telah di daftar, betul ke tak berita ni?Dah lah caj ambil vaksin tu mahal.Untuk kebaikan confirmkan dulu.Setahu maq ambil vaksin Covid19 je yang free.Itu pun masa tahun 2021 ,sekarang tak pasti lagi kondisinya bagaimana.😆


Rasanya ramai dah bakal jemaah haji musim 1446 mula ambil vaksin meningococcal sebabnya sebelum ni kalau nak buat haji atau umrah ,vaksin meningococcal ni merupakan vaksin terpaling wajib diambil oleh jemaah.


Dan dengarnya beberapa hari lepas ada kenyataan yang viral mengatakan ada 14 buah negara dimana visa jemaah mereka telah di banned selama setahun oleh kerajaan Arab Saudi.


 Selama setahun mereka tidak dibenarkan guna visa pelancong untuk masuk ke Saudi.


Jemaah pun satu.Bila dah dapat masuk negara orang tapi jenis tak reti nak jaga tata susila.Dah settle ibadah tak reti nak balik negara sendiri. Seronok memanglah seronok duduk sana tu tapi itu negara orang matt, bukan negara korang!

Allahhu ,macam macam hal.


Apa pun yang diharapkan jemaah haji dan umrah yang datang dari Malaysia,jaga lah maruah, adab dan sopan santun ditempat orang terutama di Mekah dan Madinah.Ikut jelah peraturan peraturan yang sudah ditetapkan.


Nanti disebabkan nila setitik,rosak pula susu sebelanga.Hanya disebabkan kesilapan jemaah yang pernah kesana, orang lain yang belum sampai sana pulak yang tak dapat kebenaran nak buat ibadah.


Kena fikir jugak macamana strugglenya diaorang kumpul duit nak ke Mekah dan Madinah tu.Kesian nanti kalau tetiba negara kena banned dengan kerajaan Arab Saudi.


Kalau rasa nak buat konten bersilat ke,nak menari ke ,balik la negara sendiri dulu. Dinegara sendiri nanti,bersilatlah korang 24jam,menari lah korang dari pagi sampai pagi,confirm takda siapa nak halang.


Tapi nak pesan satu je,janganlah pula buat semua tu dirumah Allah.Kadang kadang maq tengok kat masjid taman korang sendiri pun korang buat hal.


Belajarlah menghormati masjid.Pin kan dalam minda "ini rumah Allah bukan rumah aku".Budak budak kecil buat hal tu pada maq hal biasa ,tapi kalau atok atok budak yang buat perangai? Pening kepala pak imam. Nak tegur salah tak tegur pun salah.


Jom lah selawat.

Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Raikan 1 Shawal 1446H

Bismillah, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dari Maqnie sekeluarga. Harini barulah berkesempatan nak update post kat blog selepas beberapa hari sibuk dengan urusan ditinggalkan ramadhan dan urusan nak sambut kedatangan shawal. Post kalini maq nak kongsi momen shawal pertama di kediaman bonda kami di Kampung Parit Balak. Inilah keluarga kecil kami,Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita disepanjang ramadhan , shawal dan pada bulan bulan yang seterusnya. Allahhumma Aamiin... 🗨️jom selawat.

Sayyidul Istighfar

  Bismillah, Sabtu, 15 Jamadilawal 1446H.  Kata kata motivasi SAYYIDUL ISTIGHFAR -Penghulu Istighfar  Ada sebuah Dzikir yang disebut Nabi sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar). Keistimewaannya Luar Biasa. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Pagi dengan Penuh Keyakinan, kemudian Meninggal sebelum Datangnya waktu Malam, maka Dia Masuk ke dalam Syurga. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Malam dengan Penuh Keyakinan dan Meninggal sebelum Datangnya Pagi, maka ia Masuk ke dalam Syurga (H.R alBukhari). Bacaan Sayyidul Istighfar itu adalah seperti berikut: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ "Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau. Engkau Menciptakan Aku, Aku HambaMu, dan Aku a...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Dunia Memburu Masa kita

Assalamualaikum. Minggu ni idea maq liat pulak nak berinteraksi dengan huruf dan ayat didalam blog. Mungkin maq rasa terlalu penat sehingga idea satu apa pun tak menjadi . Atau mungkin terlalu banyak masa dihabiskan dengan urusan dunia sehingga tak sempat nak menaip dan berkongsi cerita? Yang nyata memang idea kering kontang..😞 Ahad dan lsnin lepas maq berada di Kuantan ,Pahang. Selasa hingga ke hari ini maq sudah berada di Batu Pahat. Banyak kenangan yang hendak dikongsi tapi masih kekal semuanya tersimpan sebagai draf didalam hati.  Senja ni , maq tersedar bahawa bila maq  terlalu sibuk dengan urusan dunia ,memang maq akan kehilangan banyak masa . Sedar sedar diri ini dah tua .. Semoga Allah tidak membolak balikkan hati ini.. Aamiin. Kata nasihat.

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Saw Palmetto dari nutrilite untuk orang lelaki

Assalamualaikum. Menurut pakar, segagah manapun kaum lelaki ni, bila dah cecah umur 40 tahun keatas. Mesti ada masalah pada pundi kencingnya. Bau seluar kecik tu ada sikit hancing. Sebab apa??? Ada setitik dua air yg terkeluar lagi tapi tuan badan tak perasan. Jadi cammana solat kita..?? Sebab tulah ada sunnah tertentu lepas kita buang air kan.. Oleh tu abang abang diluar sana disarankan ambil Nutrilite Saw Palmetto ni untuk mencegah permasalahan tu , memang nampak ketara perubahannya nanti. Nak solat pun dah semakin confident.. Insyaallah.. Sumber : copy and paste dari group whatsapp jzt* NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 gel lembut) NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root meningkatkan kesihatan saluran kencing untuk lelaki dan menggalakkan fungsi prostat yang sihat. Saw palmetto membantu melegakan masalah pembendungan cecair. Akar nettle root mampu memberikan sokongan herba untuk aliran kencing. UTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 sg)  R...

Nutrilite dan Kegunaannya

 Assalamualaikum.  *Amway Terlalu Banyak Produk Kesihatan? Keliru tak tahu nak ambik produk kesihatan yang mana dulu? Dibawah adalah ringkasan pembahagian produk yang perlu di ambil bagi tujuan yang berbeza-beza. Follow je tips bawah ni, mudahan berkesan. ✳Sentiasa kekal sihat, cantik dan slimfit -->> PROTEIN & BODYKEYS, DOUBLE X, OMEGA 3, LECITHIN E ✳Nak kulit glowing --->> PROTEIN & BODYKEY, BIO C, LECITHIN E ✳Nak elakkan sembelit -->>FIBRE BLEND, CALMAG D+ & BIO C ✳Nak tulang dan gigi kuat -->>CALMAG D+, BIOC PLUS, PROTEIN & BODYKEY ✳Masaalah Kolesterol -->>CH BALANCE, OMEGA 3 & LECITHIN E, GARLIC LICORICE PROTEIN & BODYKEY ✳Masaalah Darah Cair ( ANAEMIA) -->>IRON FOLIK, B COMPLEX, PROTEIN ✳Elakkan Kanser -->> DOUBLE X, PROTEIN & BODYKEY, LECITHIN E, BIO C, MULTI CAROTENE ✳Kesihatan Jantung -->> PROTEIN & BODYKEY COENZYME Q10, CALMgD+ ✳Tekanan Darah Tinggi -->> B COMPLEX, CALMAG D+, GARLIC...

Gurun Sahara 0ktober 2024

  Bismillah, Gambar diatas merupakan pemandangan tanah arab yang sejak lahir lagi kita telah diberitahu ia hanyalah tanah yang tandus. Berbatu batan. Bergurun termasuklah nama yang tak asing lagi,gurun Sahara. Apa khabarnya gurun Sahara pada Oktober 2024? Jom tonton. Ya ,itulah keadaan gurun Sahara yang korang kena tahu di Oktober 2024. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh kumpulan Mega, tak mustahil ada sekuntum bunga sakura mekar di Gurun Sahara . Stay tune 📌