Skip to main content

Rakyat diburu saman

 Assalamualaikum.

Bila wabak C19 dah melebihi setahun menular dinegara kita ,kerajaan semakin hari semakin bertindak tegas keatas orang ramai demi memantau keperihatinan mereka terhadap bahayanya virus C19 ini.

Bermula dengan denda rm300.00 kalau melanggar S.O.P disusuli rm 1000.00 dan kini rm 10 ,000 pulak berkuat kuasa.

Ikut S.O.P norma baharu.

- pakai topeng muka kalau nak keluar rumah

- nak masuk ke sesebuah permis kena scan code mysejahtera dan wajib periksa suhu badan.

- berkumpul beramai ramai dilarang. 

- jaga jarak bila berada dalam keadaan yang ramai orang.

- peniaga ada masa ditetapkan untuk berniaga.

- senantiasa bersihkan tangan dengan sanitizer.

setahun  kita dah amalkan ini. Tapi sebab ada sesetengah dikalangan kita terlalu ego dan lebih pentingkan diri sendiri ,akhirnya wang ringgit jadi habuan saman.

Bayangkan rm 10,000 kalau diberi sedekah kepada keluarga asnab yang terlalu ramai diluar sana kan boleh memberi kebahagian kepada mereka. Lagi lagi bulan Ramadhan ni.Banyaklah ganjarannya yang Allah janjikan..

Tapi ada yang cakap kat maq.

"Bersangka baik ,bayar saman tu pun dianggap sedekah. Cuma sedekah tu bukan untuk asnab tapi untuk kerajaan. "

Apa jawab maq?

ye...ramai salahkan kerajaan bila ada yang disaman dan langgar S.O.P. Tetapi kita kena ingat yang menyaman tu bukan Perdana Menteri atau menteri menteri besar ,ianya dilakukan oleh pegawai pegawai penguat kuasa yang terlalu syok buat kerja mereka.

So kenapa boleh jadi 50K jika undang undang dah kata saman maksima adalah rm10K?







Saman ni sebetulnya memang perlu untuk dijadikan pengajaran kepada rakyat .Supaya mereka lebih peka dengan undang undang.Paling tidak pun kalau dah dibagi amaran tapi mereka masih berdegil, saman adalah jalan yang terbaik.

Bagaimana pun ,nak menyaman tu ,biarlah dengan bayaran yang adil dan disenangi oleh semua rakyat jelata,bukan suka suka nak letak puluhan ribu.Dan tak mahulah pilih bulu bila nak lepaskan saman tu. Kita berada dalam sebuah negara yang demokrasi kan ? Kenapa kejam sangat ?


Comments

  1. bagi dana penguatkuasa pun kene ada budi bicara, tolak ansur berhati perut... bukan kononnya buat kerja, amanah kononnya...

    setakat abang jual burger di kampung, jual colek di kampung nak di saman 50 k kan melampau... kedai restoren besar mewah takpelah...

    ReplyDelete
  2. Dana ye, timbang rasa itu perlu sebab sekarang semua orang sedang berusaha nak naikan taraf hidup,bukan nak buang duit bayar saman sana sini.Ini buat pengajaran kepada kita semua ..

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?