Assalamualaikum.
21 Oktober 2021.
Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti.
Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah.
Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.
Doa mak long buat Arwah Adam Danish,
"Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga."
Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga akan menyusuli Adam Danish disana...💕
Al Fatihah buat Adam Danish bin Nazrulhisham.
01/08/2008-21/10/2021 - thank you Allah..
( video) Rumah baru buat Adam.
Kini ,rumah ini dah sunyi tanpa suara Adam, anak bongsu kesayangan Ayah ibu ,abang, kakak kakak dan kesayangan Mak long juga.
Harini ,Atok dan Nenek berpeluang ziarah Adam dirumah baru.Berehat ye sayang. Adam dah selamat kembali ketempat paling abadi ,kami disini masih perlu meneruskan perjuangan yang masih bersisa beberapa hari je lagi.
Selamat Jalan Adam Danish ,anak syurga buat ibu & ayah. Rindu mak long takkan pernah pudar.💕
Innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah
ReplyDeleteSalam ziarah..semoga tabah hadapi saat kehilangan...Innalillahiwainnaillaihi rojiun..
ReplyDeleteYa Allah..ampuni anak syurga ini ya Allah
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiun. Ya Allah tempatkan Adam Danish di kalangan orang soleh.
ReplyDeleteAl-Fatihah.
Semoga roh Adam dicucuri rahmat
ReplyDeleteAl-Fatehah
inalillah, salam takziah kak...
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah Adam Danish, moga syurga lah ganjaranmu anak...