Bismillah,
Alhamdulillah harini semua urusan berkaitan dengan lembaga tabung haji telah kembali seperti sediakala.
Moga moga semua pendeposit berpuasati dengan tindakan menyeluruh dari pihak tabunghaji untuk keselamatan yang seterusnya.
Dibawah ini,maq ada copy and paste sedikit kata kata dari page tabung haji di laman sosial facebook mereka.
So korang tak payah nak penat belari lari nak masuk link facebook tu lagi. Musim jerebu ni semuanya nampak samar samar,bahaya.
Eh! tiber 😂
Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan.
Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang pertanyaan, keraguan atau bantuan, sila hubungi Pusat Perhubungan TH (THCC) di 03-6207 1919.
TH merakamkan penghargaan atas kesabaran, kerjasama dan sokongan pendeposit sepanjang tempoh pemulihan ini serta memohon maaf dan amat kesal atas apa yang telah berlaku, namun ia terpaksa dilakukan demi keselamatan simpanan pendeposit. Keselamatan simpanan dan kepentingan pendeposit kekal menjadi keutamaan TH.
Macam biasa.Klik gambar untuk jelaskan bacaan.
Sumber : Facebook Lembaga Tabung Haji
Korang yang akaunnya ada terasa bermasalah tu,bolehlah hubungi nombor tertera atau datang terus ke pejabat tabunghaji yang berhampiran tempat korang tinggal.Jangan leceh!
Tahniah pihak tabung haji atas tanggungjawab yang dilaksanakan demi menjaga keselamatan dan amanah pendeposit.
Korang pernah dengar ayat ini?
Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kita dan yang baik itu semuanya datang dari Allah swt.



Comments
Post a Comment