Bismillah,
Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan tutup.
![]() |
| Bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam |
Tapi yang lebih membimbangkan negara minggu ini bila sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit pendeposit di tabung haji ) diuji paling dasyat bilamana semua urusan ditabung haji telah tertangguh.Tabung haji telah offline!
![]() |
| klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. |
Dah masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'.
Kenyataan tentang apa yang berlaku telah pun dinyatakan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka.
Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link tabung haji telah 'offline'.
- Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat.
-Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat.
- Ada yang nak teruskan urusan tawaran haji 1448H pun tak dapat.
Tabung haji totaly offline!
Disesetengah kawasan,pejabat tabung haji didapati tidak beroperasi untuk beberapa waktu yang semua orang tak pasti sampai bila.Ada juga beberapa orang netizen mula persoalkan :
"tabung haji ni sebenarnya milik siapa??"
Terlalu banyak yang dirungutkan oleh masyarakat bila ujian demi ujian datang kepada tabung haji.
Antaranya korang boleh baca komen dalam ~> link facebook tabung haji yang ini. <~
Apa yang boleh Maq katakan kali ini,sama sama kita doakan,semoga aplikasi & website,dan semua yang berkaitan dengan tabung haji dapat beroperasi seperti biasa sikit masa lagi.Dan semua kerisauan pendeposit bakal berakhir. Aamiin.❤




Comments
Post a Comment