Skip to main content

Haid Lebih Lama Dari Biasa


Assalamualaikum.

Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya.

Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya..

Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan.

Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid.

Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin akan mengganggu amal ibadah seharian  kita.


Tapi bagaimana kalau dalam keadaan haid yang terlalu lama ,contohnya haid melebihi tempoh biasa. 10 hari ? 14 hari ? Gawat ... Nak solat tak boleh. Nak mengaji tak boleh , nak berpuasa tak boleh.  Zikir dan selawat je dibolehkan.


Maq ada buat rujukan di google dan juga sumber info dari ustazah mengenai masalah ini. Antara info yang maq dapat :


Bagi keadaan dimana haid normal :
- paling kurang , ia hanya kurang sehari.
- paling biasa seminggu (  7hari )
- paling lama 15 hari.


Dan bila melebihi 15 hari dan haid masih ada ,itu dinamakan darah penyakit dan kita wajib mandi wajib pada akhir hari ke 15 tu dan kita juga wajib  lakukan amalan fardhu seperti biasa.


Dan bila darah keluar lagi ,bersihkanlah ,mandilah seperti biasa jika hendak lakukan solat . Seperti biasa dengan menjaga tahap kesucian pakaian solat gunalah pantiliners atau pad wanita.Selepas itu  anda dah boleh teruskan puasa , boleh mengaji Al Quran juga.

Tapi jangan lupa untuk dapatkan rawatan tentang masalah tersebut dengan  berjumpa doktor sakit puan. Dikhuatiri ada permasalahan dalaman yang lain pula.

Apa pun , semoga serba sedikit perkongsian maq kali ini boleh beri manfaat buat orang orang perempuan yang bermasalah haid terlalu lama  diluar sana.

Perempuan - keadaan peribadinya tak seindah kejadiannya. Tapi dalam lemahnya dia kena banyak berusaha untuk teruskan hidup yang lebih bermakna . Semuanya  agar dirinya diterima oleh manusia lain dan PenciptaNya.


Comments

  1. Bila haid tak teratur maknanya hormon tak stabil. Bila hormon tak stabil kadang efek kat muka sekali naik jerawat. Banyak yg orang perempuan rasa kan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian...kita sebagai perempuan kena prepare utk menempoh saat2 itu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Nak Dapat 190 Pahala Dengan Mudah

  Bismillah, Mungkin ada yang dah tahu tips yang dimaksudkan pada tajuk entri maq kalini. Tapi untuk mereka yang belum tahu atau yang dah ingat ingat lupa.Jom amalkan tips ini. Cara untuk dapatkan 190 pahala dalam sekelip mata ialah dengan membaca ayat dalam gambar dibawah ini. Satu huruf yang disebut dalam Al Quran ,Allah dah janji akan diberi 10 pahala.So bila baca bismillahirohmanirohim dalam huruf hijaiyiah ( huruf dalam quran) bismillah itu ada 19 huruf.Korang buatkan je kiraan matematik (19x10 =190) so sekelip mata 190 pahala dah transfer ke akaun pahala korang! Seronok kan? Itu untuk sekali bacaan.Kalau setiap perbuatan kita mulai dengan bismillahirohmanirohim? Nak duduk ,baca Nak tidur ,baca Nak keluar rumah,baca.. Menyapu ,baca Memasak,baca Makan ,baca Minum,baca Pegang fon,baca  Senang cakap ,semua perbuatan dimulai dengan bismillahirohmanirohim. Setiap hari,sepanjang usia.Korang rasa berapa juta pahala korang boleh kumpul ek?Buanyaaaakkk tu!Masyaallah.. Allah maha b...

Start Brisk Walk Untuk November

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah,setelah beberapa ketika tak dapat nak brisk walk. Harini 09/11/2026 dengan izin Allah,akhirnya dapatlah kami aturkan langkah brisk walk kami semula. Pukul 6.35am Maq dan encik suami dah sampai dilokasi.Rindu sangat suasana kat sini actually 😢 Alhamdulillah,cukuplah hasil jalan jalan untuk permulaan bulan November ini. Selain dapat keluarkan peluh peluh malas, dapatlah jugak melepaskan rindu pada bau pokok pokok ,suara burung burung dan menghirup udara segar dikawasan tasik "kenapa" .❤

Kenyataan Lembaga Tabung Haji Berkaitan Badal Haji

  Bismillah, TH TIDAK MENGIKTIRAF MANA-MANA PENGENDALI BADAL HAJI Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan bahawa TH tidak pernah memberikan pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana pengendali perkhidmatan badal haji.Dakwaan sebaliknya oleh mana-mana pihak di media sosial adalah tidak benar dan mengelirukan. Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan dakwaan melalui saluran rasmi TH. TH berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyalahgunaan nama dan logonya. Sumber : page  Facebook Tabung Haji

Tips Sekiranya Berlaku Serangan Nuklear

  Bismillah, Jika anda rasa post ini penting,boleh teruskan bacaan.Dan jika rasa tak perlu,abaikan sahaja. Televisyen negara Iran telah mengeluarkan amaran kepada warganegara mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku serangan nuklear: *Jangan melihat cahaya terang daripada letupan itu. *Jika anda berada di luar dan tidak dapat segera masuk ke dalam bangunan, berlindung di sebalik penghalang, baring di atas tanah, dan lindungi kepala serta wajah anda. *Selepas gelombang kejutan berlalu, masuk ke dalam bangunan terdekat; jangan berada di luar untuk menonton atau merakam, dan jangan mencari perlindungan di dalam kenderaan. *Setelah berada di dalam, menuju ke tingkat bawah atau bahagian tengah bangunan, jauh dari tingkap dan dinding luar. *Tutup semua pintu dan tingkap, dan matikan penghawa dingin atau sebarang sistem pengudaraan yang menarik udara dari luar. *Jika anda telah terdedah kepada persekitaran luar, tanggalkan pakaian luar anda tanpa menggoyangkan sebarang habuk da...

Tiktok Beri Kesedaran

  Bismillah, Doktor KKBP suruh Maq main fon untuk legakan stress supaya tekanan darah tinggi Maq boleh dikawal. Akibatnya ,Maq dah jadi semakin kerap online laman sosial.Kalau korang biasa dengan laman sosial Maq,Tiktok dan facebook Maq dah rancak aktif. Bila free je Maq akan update video atau status kat facebook dan tiktok.What's on your mind? Hahaha sengaja le tu nak ajak orang buang masa! Tapi apa usaha Maq supaya Maq tidak online dengan sia sia? Kalau dulu Maq akan update iklan jualan produk kononnya nak cari duit poket tapi sekarang tak lagi. Pada Maq secara peribadi,biarlah Maq update kata nasihat yang boleh buat merawat jasmani dan rohani untuk Maq terutamanya dan buat mereka yang sudi nak baca dan tonton semua video Maq. Mungkin korang tak percaya kalau Maq akan tonton semula semua video dan status lama yang Maq dah post dari tahun tahun sebelumnya. Video ke,gambar ke,posting blog ke,memang Maq akan buka semula.Atleast apa yang Maq pernah update tu biar Maq tak lupa.Maq aka...

Doa Petang Jumaat 5 Shawal

  sekadar iklan, tudung ada jual  dalam beg kuning video ini Bismillah, Hujan lebat turun waktu azan asar tadi.Harini Jumaat pertama dalam bulan shawal 1446H. Lepas asar hingga sebelum azan maghrib jangan lupa panjatkanlah doa.Kerana ini adalah antara waktu mustajab doa. Petang ni jomlah sama sama berdoa dengan Maq.Mungkin doa maq tak sama macam doa korang tapi maq nak jugak kongsi doa maq pada petang Jumaat kali ni. Bismillahirohmaa nirohim... Yaa Allah, cabut semua keburukan yang ada pada diri aku ,yang Engkau tidak suka.Dan tinggalkan kebaikan sahaja yang ada pada diri aku yang Engkau suka .Semoga semua keburukan yang ada pada aku akan terhapus sebelum aku mati. Yaa Allah, Kurniakan aku akhlaq yang baik, Kurniakan aku rezeki yang baik, Kurniakan aku redha Mu, Kurniakan aku syurga firdaus Mu.. Robbanaa Aatina fiddun yaa hasanah,wafil aahiroti hasanah wakina Azabbannar.  ( tutup dengan selawat ) Aamiin Yaa robbal Alamiin..

Pfizer ,EO dan Encik suami

 Assalamualaikum. Hari Rabu ,bersamaan 11 Ogos 2021. Maq ikut encik suami ke pusat ppv, di Uthm,Parit Raja. Ini dos ke 2 untuk beliau. Kat Dewan Sultan Ibrahim ,Uthm ,Parit Raja,Batu Pahat. Maq tunggu sini jek. Ntah kenapa kalini beliau ajak maq teman pergi vaksin. Haritu dos pertama elok je pergi sorang.  Ambil gambar kat tempat parking. Kenapa? Dikawasan photobooth vaksin tu orang ramai sangat bergambar,encik suami tak selesa. Selepas beberapa hari beliau lengkapkan vaksin Pfizer ,kesannya cuma badan ada dedo dan demam sikit. Tapi  bila maq buat mandian guna EO lemon dari young livings tu , beliau kata rasa dedo tu hilang dah. Alhamdulillah ,sekarang beliau dah aktif  seperti biasa. Tentang pfizer. Semalam 14/8/2021- beliau hantar maq pulak ambil vaksin dos 2 ditempat yang sama. Semoga vaksin ini beri kebaikan buat kami didunia dan diakhirat. Apapun harini 15/8/2021 badan maq rasa seram sejuk .Hingga saat entri blog ini dipostkan disini. Satu badan rasa hangat dan ...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi. Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Nasihat Ustaz

  Bismillah, Sedikit perkongsian. 1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat, 2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah, 3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya, 4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal, 5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat 4 rakaat, 5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur, 6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal. 7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun, 8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari. 9. Makin kita berumur, zikir kena banyak, 10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak. 11.Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga. Sumber : Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Bernafaslah Dan Bacaan Tekanan Darah Akan Turun

  Bismillah, Sila tonton video dan ikut setiap arahan yang diberikan.Lakukan 10-15 minit atau mana yang korang termampu. Katanya cara ini boleh turunkan tekanan darah tinggi dengan lebih cepat.Serius lah!? Jom lah cuba !  ❤ **Kalau korang nak set kan 10-15 minit, ikut je step kat  Video ni, tonton ulang ulang sampai cukup masa yang korang nak.  ( <~ klik )