Diri kita dididik oleh kita sendiri


Assalamualaikum.

Dulu, maq seorang yang senang naik angin.  Terutama dengan anak anak. Kadang kala encik suami pun terlibat sama dengan kesan sampingannya. Masa tu maq anggap cuma diri maq je betul. Kesalahan oranglain itu satu dosa besar bagi mereka,salah tetap disalahkan dan akan layak dimarah!

Hmmm darah muda barangkali..

Tapi, bila dah berusia macamni , walaupun masih nampak muda lagi ( yerkk 😝) maq dah boleh dah kawal perasaan, Alhamdulilllah.  Ye kawal diri sendiri supaya kena lebih hati hati dalam kawal emosi terutama bila masa nak marah. Lagipun letih kot asyik nak naik angin je. Silap  gaya boleh jadi stress. Tekanan darah pun naik. 

Hey.. Didik diri sendiri tu bukan satu kerja mudah ok. Lagi lagi dah berumur setahun durian ni ( dah bukan setahun jagung lagi dah haha )


Bagaimana maq didik diri sendiri? Macamni...


 Bila rasa nak marah dekat sesaorang, buatlah u-turn, cari kesalahan sendiri dulu. Mungkin kita juga penyebabnya.Kalau dah jumpa apakah dia kesalahan sendiri lepastu mengakulah dalam hati, jangan pulak buat buat tak tahu.Nanti lepas tu confirm punya tak jadi  nak marah dekat orang tu

Sebenarnya tak elok pun nak marah marah sedangkan kita sendiri pun pernah je buat salah. Kesan dengan didikan sendiri tu,akhirnya maq dah tak reti nak marah orang terutama anak anak dan encik suami. Kalau rasa terkilan pun maq akan diamkan diri ( ini bukan merajuk tau) .



Kemain seronok mereka dah tak kena marah dengan haku eaa..


Nota maq : kadang tu kita marah sebab nak mendidik, nak betulkan kesilapan tapi cara kita menegur tu dah keterlaluan dan tulah punca  jadinya rasa marah berapi api tu.  Tips bila ada rasa nak marah, bacalah :

a'auzubillahiminashaitonnirrojim..

Kemudian beristighfarlah❤

Comments

  1. Betul tu..haritu dgr ceramah motivasi, kalau nk marah kena cari 32 sebab, dh jumpa 32 sebab, cari lgi 32 sebab...sbb tu xleh marah hehehe

    ReplyDelete
  2. Rasanya letih akibat kena cari banyak sebab, tu yang sampai hilang rasa nak marah kot hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Orang Hidup VS Orang Mati

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Bihun Goreng Putih

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Kerabu Magie Thai

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Muslim Malaysia Beruntung