Skip to main content

Sembang Pasal Haji

 

Bismillah ,Alhamdulillah.


Nak tau tak?Waktu maq buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Pahat 31/12/2024 lalu.Maq adalah bersembang dengan seorang "kakak"ni.


Beliau yang bahasakan dirinya sebagai "akak". Tapi bila maq belek kad kesihatan beliau ,owh memang betul lah akak.Lahirnya pada tahun 1963.Okey fine ,akak is you.


Akak tu tiba tiba boleh pulak masuk topik haji padahal kami hanya sembang pasal penyakit masing masing je sebelum tu.


Katanya,

Akak dah pergi haji pada tahun 2023 yang lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semasa disana.Biarpun akak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.


Masyaallah ye ke kak? BMI akak lepas ye ?Akak daftar haji tahun bila? ikut PJH ke muassasah?


(Maq kalau buat soalan memang rajin hahaha)


Akak tu senyum sebelum jawab soalan soalan maq.Agaknya part BMI tu kot.iishh mulut ni pun ,cepat sangat buat soalan.


Ye alhamdulillah,BMI akak lepas. Buat medical check up dekat KKBP dan cucuk vaksin kat klinik swasta. Ha ah,akak ikut muassasah. Akak daftar tahun 2011...


Fuh clear dia bagi jawapan*


Tapi turn haji tahun 1446H ni kan untuk jemaah yang dah daftar pada hujung tahun 2009 kan kak?Macamana akak boleh dapat pergi awal ? 


Aduuu.. soalan lagi haha***


Haa awak tau tak, pergi haji ni adalah undangan Allah,mampu itu disisi Allah.Walaupun duit simpanan atau tarikh daftar semua tu nampak macam jauh lagi tapi kalau Allah kata awak layak,DIA akan undang awak juga.Awak dah naik haji?


Saya daftar lambat kak,jauh lagi undangan tu.Silap saya juga.Saya cuma buat akaun tabung haji tapi tak daftar haji.Dah tua tua ni baru daftar.Giliran saya 100 tahun lebih lagi, entah ada ke tak saya masa tu,hehee


( gelakkan diri sendiri sebab dah buat silap )


Takda ! takda ! awak jangan cakap macam tu.Rezeki awak Allah yang atur.Meh akak ajar tips nak pergi haji awal.Ni akak cakap atas pengalaman je tau, semuanya Allah yang izinkan.


Pertama- Simpan dalam akaun tabung haji pada jumlah jemaah T20.Kos haji mereka tahun ni kan RM33,300 kan? haaa awak penuhkan akaun awak dengan RM35K.


Kedua -Bila TH ada buat kursus asas haji awak join je tak perlu nak tunggu SMS baru nak pergi kursus. Kursus tu pun free je .Jangan malu sebab dalam kursus tu ada banyak ilmu awak akan dapat belajar.


Ada kawan akak dah 3-4kali join kursus tapi Allah belum jemput so dia masih tak pergi pergi haji lagi.Akak kursus sekali je tu pun separuh jalan sebab covid19 (PKP).Lepas tu tahun 2023 Tabung haji dah panggil. Alhamdulillah...


Ketiga - pada tahun 2022 akak ada pergi umrah dengan family ,ada kawan cakap,kalau ada hajat besar termasuklah nak diundang jadi tetamu Allah,bersedekahlah kat masjidil haram.So sebelum pergi umrah tu akak belilah 3 pasang telekong, akak sedekah kat jemaah wanita yang duduk depan kaabah ,akak cakap,doakan saya dapat buat haji tahun depan ye.Akak pilih jemaah Indonesia sebab senang nak berkomunikasi dengan diaorang.


Tahun 2023 ,rezeki akak dijemput.Semua Allah yang izinkan,Akak cuma usaha.


Masyaallah..maq terdiam sebab macam tak percaya apa kakak tu cerita.Tapi itulah yang dah pun belaku kat kakak tu.Dalam hati ni berbisik,


 "Terima kasih Allah, sambil tunggu turn nak jumpa doktor,KAU beri aku ilmu dari kakak ini."


Alhamdulillah kak,semua tu rezeki buat akak...


Maq excited gila masa dengar pengalaman akak tu.Apa tidaknya ,saat ada orang yang masih ternanti nanti berbelas belas tahun tapi belum dapat dapat lagi tawaran pergi haji .Sedangkan akak ni daftar 2011 dah diundang Allah pada tahun 2023 .Alhamdulillah dah pun settle urusan hajinya.Tertunai sudah kelima lima rukun islam untuknya.


Tips akak tu pun menarik jugakkan.Semua itu adalah usaha!


Dan menurut akak tu lagi,masa dia pergi haji, kakak dia ada kirim beberapa helai telekong untuk dia bawa ke Mekah untuk disedekahkan.


Tips yang serupa macam si adiknya buat sebelum tu. Alhamdulillah, kakak dia pun dah dapat panggilan haji.Tahun bila? Tahun ni guys!!! Tahun 2025 ni haaaa...


Manalah maq tak seronok dengar.Maq tumpang seronok untuk rezeki orang lain yang dapat jadi tetamu Allah. Alhamdulillah, Semoga dipermudahkan setiap urusannya dan mendapat haji mabrur.


Masyaallah ,hebatnya kasih sayang Allah kan?




Nak jadikan cerita kan guys,masa maq masuk dalam bilik doktor.Doktor pun cakap hal serupa! Pasal haji ! Yaa Allah, topik yang sama dibincangkan padahal i come to you sebab nak tahu results darah tapi kenapa bukak topik hajiiii...


Doktor - Kak,nanti banyakkan buat senaman  berjalan tepi tepi rumah.Kat Mekah ,hotel ke masjid tu tak jauh sangat nak berjalan kak tapi kalau nak melontar masa buat haji tu haa ,situ yang kena banyak berjalan.Berkilo kilometer kak.


Tapi Doktor, akak lama lagi nak pergi haji ,sebab daftar lambat.


(maq is lemah semangat sebab sedar diri dah buat silap hahahaha)


Tak kak, jangan cakap macam tu,latih berjalan bukan waktu dah dapat tawaran haji je, 3-4 tahun sebelum tu kena latih.So nanti dah terbiasa,semua jadi okey.Akak jalan je sehari 5km, jangan belari,just berjalan santai.


Saya dulu pun tak sangka dapat buat haji.Jadi pengiring mak saya,Tahun 2016,sebab mak nak pergi awal,kami guna PJH.Kalau ikut kan giliran muassasah lama lagi.Alhamdulillah pergi awal, sekarang mak saya pun dah selalu sakit lutut.Kalau tunggu turn mesti mak susah nak buat haji.


Maq - Alhamdulillah, ye doktor,semua dengan izin Allah. 5 kilometer guysss...Masyaallah ,terbayang wajah wajah anjing yang banyak kat kawasan maq duduk ni. Nanti dikejarnya terus jadi larian 10kilometer pulak.


Akak kena jaga kesihatan tau,ubat yang saya bagi tu nanti dimakan.Nak buat ibadah kan ,haa badan kena sihat.


Kak, ada ustaz ajar saya ,kalau berhajat besar ,contoh nak pergi haji ,buat solat hajat 8 rakaat ,4 salam.Saya dah amalkan tu sebab dapat pergi awal.Doa jangan putus kak.


Ya doktor ,terima kasih bagi ilmu baru kat akak harini,alhamdulillah...


(orang berbudi kita berbahasa )


Masyaallah tabarokkallah...yang peliknya jarak tempat maq sembang  bersama "kakak" dengan bilik doktor tu adalah dalam jarak 15-20 meter jauhnya.Tapi kok memasing ambil topik yang sama??? Doktor ni pakai spy ke apa ek ? hahaha


Apapun maq anggap semua ni dengan izin Allah.Sebab masa masuk KKBP pagi tu, memasing takda pun plan nak sembang topik haji dengan maq,kan?Mereka berdua tu pun tak pernah jumpa maq,baru je jumpa tapi kami dah share macam dah kenal sejak lahir.


Aturan Allah sangat indah.


Sejujurnya semua orang nak buat rukun islam yang ke 5 tu awal. Sementara sihat,masih kuat,masih gagah bertenaga dan jiwa masih bersemangat,hari hari memang  niat nak pergi. Tapi semua serah je dengan rezeki.Kalau dah Allah panggil,jangan lepaskan peluang.Usaha selagi mampu.Dan jika Allah belum panggil, sabar paling perlu selain tu,perbaiki diri.Perbaiki mutu amal dan kualiti iman.


Inshaallah,Allah maha penyayang.Jom selawat.


Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...