Skip to main content

Tekanan darah naik terlalu tinggi!



Assalamualaikum.

Ini kisah hari Jumaat ,semalam. 

Kalau hari Jumaat ,maq cuma mengasuh cucu maq sorang. Kanak kanak lain cuti sebab Jumaat adalah cuti umum bagi negeri Johor.

Bila awal pagi ,along beritahu dia tak kerja , maq pun ambil peluang kemas rumah sebab takda baby yang perlu dijaga haritu. Tengah sibok mengemas , sambil masak sarapan pancake bersama sos coklat ,along datang dengan ainul ** masa ni tok mak ainul belum mandi lagi , sebab operasi mengemas tak siap. 😅.


Kemudian ,lepas siap masak pancake, mandi ,maq pun sarapan bersama along dan yang lain. Setengah jam lepas tu ,maq pun ke dapur untuk masa tengahari pulak! Haha sayur labu masak lemak , ayam goreng ,sambal belacan !

Lepas makan , solat , pukul 2 petang along ajak keluar cari barang . Maq ikut !

Pergi Eco , pergi Ninso dan beli makanan , pukul 4+ kami balik kerumah.

Penat sangat tapi sempat minum petang bersama along dan anak anak maq yang lain. Nest O panas , roti cheese , nasi lemak . Beresss..

Pukul 5, along minta guntingkan rambut dia, antara pandai dengan tak pandai ,akhirnya pukul 6, siap ! 

Maq mandi,along balik kerumah dia. Haaa nak jadikan cerita ...😂 lepas solat  asar ,kepala dah berat ,badan dah tak selesa. Tak tentu rasa. Anak maq buat pemeriksaan tekanan darah. Sekali tu ...

Tinggi sangat ! Kenapa? 

Cik misi marah sebab tekanan naik macam tu. Tapi dia suruh buat sekali lagi. Kata dia ,kalau nak buat pemeriksaan tekanan darah ,pesakit kena duduk elok elok , dalam keadaan tenang dan selesa. Tarik nafas pelahan. Rileksss tapi maq boleh pulak on video kat hp ,hahaha sorry cik misi!

Lepas tu check sekali lagi. Dalam keadaan maq buat buat tenang ,kikiki dah tua pun degil kan? 

Dan ini hasilnya..

Walaupun tak berapa cantik ,tapi dia kata ok la result ni. Pesan cik misi ,banyakkan minum air masak dan bawak bawaklah berehat. Haaa ..kena marah ,😂


Alat  tekanan darah tu merupakan hadiah birthday dari ety ( cik misi) untuk ayah dia. 

Sekarang ni bila badan tak tentu rasa , ety akan buat pemeriksaan darah kami. Kalau tak elok , dia akan sarankan maq pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan doktor pulak.





Maq rasa setiap rumah perlu ada simpan  alat ni.  Kat shoppee banyak! Harga mampu milik. Ada yang lebih canggih lagi tapi bagi maq ,ada yang ini pun dah syukur dah.. Alhamdulillah..

Popular posts from this blog

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Terus Rasa Tawar Hati

Jantung Kedua Manusia

Skala Gempa Bumi Dan Kesannya

Malam tahun baru di persisiran Pantai Terengganu

MySejahtera kuning

Pesanan 2 Januari 2021

Balasan Berbuat Baik

Cucu Asuhan Lain Dari Yang Lain