Silver Anniversary

Assalamualaikum.
Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah ,pentadbir sekelian alam. Harini 27 November 2018 ,dan sekali lagi maq dan encik suami ,berpeluang menikmati detik tarikh perkahwinan kami. Tahun ke 25. 1993-2018 , Alhamdulillah.


Untuk ketahap ini tidak semudah dipandang mata. Mesti korang paham maksud maq.  Bagi yang sudah berumahtangga mesti dia tahu. Perjalanan perkahwinan bukan seindah yang kita lihat digambar gambar sweet diinstagram ,facebook ataupun dalam  episod cinta dalam film bollywood tu.

Dalam masa 25tahun sebelum ini ,

Kami pernah menangis ,kami juga pernah ketawa.

Kami pernah berlainan pendapat,kami juga pernah bersependapat.

Kami pernah hampir hilang sabar tapi kami teruskan juga bersabar.

Dalam tempoh 25tahun jugalah, biasanya maqlah penyebab cari gaduh. Ye ,maq yang suka cari pasal sedangkan encik suami jenis orang yang malas nak fikir hal remeh. Bila pendapat maq tak diterima ,maq akan memberontak atau kecil hati atau merajuk ,padahal dah tau pun benda tu salah. Tapi sengaja cari pasal. Well,perempuan kan. Tapi apa encik suami buat? Diamkan jek lah ,haha .

Tapi bila usia dah meningkat  berusia macam sekarang ni. Anak anak pun dah besar , maq pun dah takda modal nak digunakan untuk cari pasal , sebab tulah semuanya baik baik aja. Malah kadang maq yang kena sakat dengan encik suami. Aduhhai..

Apa yang maq sedar sekarang ni setelah suku abad hidup disamping encik suami? Okey ,pada mata maq :

Suami adalah anugerah terindah dari Allah. Dialah rezeki untuk kita. Apa yang berlaku pada suami , semuanya berpunca dari kita ( isterinya ) . Kenali suami kita pelahan lahan. Dia tak mungkin jadi sama macam kita. Dia tak boleh jadi macam suami oranglain. Dia ada cara dirinya tersendiri ,dengan itu belajar tentang diri dia. Dia tak kenal kita takpa, asalkan kita kenal dia ,luar dalam.

Kita tak boleh paksa orang untuk sayang kita. Dan tak boleh paksa orang suka kita. Kita kaya ada haters ,kita miskin ada haters , kita hodoh ada haters ,kita cantik pun ada haters. Kita jadi baik ada haters ,kita jadi jahat lagilah ramai haters ,Kan?

So bila suami kita ,sudi ambil kita jadi peneman hidup dia , sanggup bekerja bersungguh sungguh untuk sara hidup kita , kenapa kita nak abaikan dia ? Andai ada kesilapan kecil dia buat , cepat cepatlah maafkan dia ,dia pun manusia sama macam kita.

Ingat , suami ialah rezeki. Apa yang dia mampu sediakan itulah rezeki untuk kita. Jangan minta dia sediakan pada benda yang dia sendiri tak mampu. Rezeki tak pernah salah alamat. Rezeki pemberian terbaik dari Allah untuk tiap hambaNya. Terima dengan ikhlas dan syukur.



Dalam tempoh 25 tahun juga ,kami telah dianugerahkan 3orang puteri , seorang menantu lelaki dan seorang cucu perempuan. Merekalah hadiah terindah dari Allah untuk kami. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..






Tuhan..tolong jagakan mereka yang aku sayang..

Comments