Skip to main content

Panduan Cari Pengasuh

Assalamualaikum.
Bila kerap sangat berita kematian bayi akibat penderaan dari pengasuhnya, maq teringat akan sesuatu. Ketika facebook maq belum deaktif ,maq ada join beberapa group pengasuh dalam facebook. Sengaja join sebab kononnya nak tambah pengalaman .

Apa yang menarik perhatian maq , iklan dari Pengasuh atau parents yang admin group siarkan. Iklan berkaitan samaada  dari mereka  yang perlukan anak asuhan atau pun parents yang  sedang mencari babysitter untuk anak mereka.


Sebagai silent reader dalam group , maq kadang terfikir juga,kenapa mereka begitu berani.  Mereka cari orang untuk mengasuh anak mereka selama mereka keluar bekerja dalam tempoh masa 10-12jam dengan cara online sedangkan mereka tak tahu kepada siapa yang mereka nak hantar  anak mereka tu? Keadaan macamni sangat sangat merbahaya.

Hantar anak kecil kepada orang yang anda tak kenal langsung ! Sama juga seperti anda buka luas pintu masalah. Mangsanya nanti anak anak yang tak berdosa. Tolonglah peka sikit pada masalah macamni ,janganlah dibiarkan berlarutan lagi.

Kalau dapat , iklan iklan macam tu janganlah disiarkan lagi. Dekat group ,lagi baik belajar tips urus bayi ke , urus masa nak jaga bayi ke , belajar cara masak untuk kanak kanak supaya mereka suka makan ke , itu lagi berfaedah. Pengasuh boleh praktikkan idea dari pengasuh yang lain untuk pembesaran sihat anak anak asuhan mereka.

Ye ,memang betul , masing masing nak cari rezeki. Tapi cara macam tu kurang tepat. Andai kata ibubapa terpaksa cari pengasuh anak dalam keadaan mengejut sekalipun , mereka kenalah tahu latar belakang pengasuh tu. Kalau tak kenal 100% pun , apa kata  sikit sebanyak bertanya jiran tetangga yang duduk berhampiran rumah pengasuh. Takpalah nampak sikit kepochi asalkan benda yang tak diingini tidak terjadi. Anak anak selamat dibawah kawalan pengasuh.

Sedikit pesan maq :

Andai kata dirumah pengasuh sudah ada bayi yang seusia bayi anda , elakkan menghantar bayi anda kesana. Jaga bayi lebih dari 2orang oleh seorang pengasuh akan beri tekanan kepada pengasuh itu sendiri.

Kalau anak anda dah pandai berjalan ,berlari , berusia dalam 2-3 tahun, jika dalam rumah pengasuh sudah ada 3orang yang sebaya anak anda , tolong jangan hantar kesitu ,kerana kanak kanak sebaya itu tengah aktif ,pengasuh akan cepat stress dan bila pengasuh stress,mangsanya pasti anak anak asuhan yang cuma tahu seronok bermain.

Maq ada pengalaman seorang sahabat. Sahabat maq ini menghantar cucunya kerumah pengasuh yang duduk rumah kos rendah. Ruang rumah yang agak terhad kan? Maq tahu sebab maq duduk rumah kos rendah.

Pengasuh ini kawan baik beliau, kawan satu taman perumahan lagi. Beliau mengasuh 11orang ( bayi ,kanak kanak dan beberapa murid sekolah ) apa hasilnya selang beberapa minggu ?  Cucu dia tak tidur disiang hari, dia dibiarkan bermain terbiar. Dan akibatnya setiap petang lepas balik kerumah ,si kecil yang berusia setahun lebih tu dah merengek letih,mengantuk dan menangis ,meragam semua benda tak kena. Ini dah buat ibubapa anak tu tertekan. Dah la letih lepas balik kerja ,anak pulak meragam. Kadang bila balik dari rumah pengasuh tu , kepala cucu dia benjol sebab terjatuh. Bukan sekali tapi berkali kali.

Atas nasihat maq , akhirnya sahabat maq tak hantar lagi cucu beliau kerumah pengasuh tu. Maq bukan nak sekat rezeki pengasuh tersebut tapi maq tak nak hal yang tidak diingini berlaku.  Kata orang ,sebelum nasi jadi bubur, baik jaga jaga.

Orang sekarang ramai yang nekad. Mereka berani buat apa saja demi dapatkan duit. Kita sebagai ibubapa kena ambil kisah , dengan siapa anak kita berada ketika kita keluar kerja.



Apa pun , doa yang baik baik aja. Mohon Allah beri sebaik baik pelindungan kepada anak cucu kita walau dimana mereka berada. Kita ada Allah dan Dia Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. InshaAllah..

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...