Skip to main content

Kenangan ILKKM Konvo 2018

Assalamualaikum.
Ahad , 28 haribulan Oktober 2018 , maq berpeluang ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,Sultan Azlan Shah, di Ipoh,Perak. Dengan tujuan utama untuk menghadiri majlis konvokesyen anak kedua maq ,Ety. Lokasi yang mudah dicari tetapi sukar nak sampai disebabkan kesesakkan jalanraya pada masa itu.



Sehari sebelum itu ( hari Sabtu) pendaftaran telah dibuat ditempat yang sama. Semua para graduan telah diberi taklimat dan mengambil jubah. Ety telah kami hantar kesana seawal 7.15am  dari Sungai Siput ( malam tu kami  bermalam dikediaman pak tam) pak tam jugalah orang yang bersusah payah berusaha bawa kami ke kolej tu. Pak tam merupakan ayah saudara maq sebelah ibu. Terima kasih pak tam kerana banyak membantu kami semasa kami berada di Perak. Allah je mampu balas jasa baik pak tam sekeluarga.

Kawasan parking yang sesak

Siap sedia nak pergi daftar

Pas masuk untuk ibubapa

Pada hari konvo , Ety kena pada sidang petang ( sidang ke 4 ) seramai 1200 graduan akan menerima anugerah mereka mengikut bidang masing masing. Ibu bapa diarah masuk kedewan pada pukul 1.15 petang . Sementara para graduan diarah berkumpul pada pukul 11.00pagi .Anda tahu pukul berapa majlis bermula ? Haha setelah menanti hampir 2jam , kerana menunggu kehadiran VIP , akhirnya pukul 3lebih baru majlis dilangsungkan. Pada maq , ianya sangat membazir masa lebih lagi bagi kami yang duduk jauh dari negeri Perak. Ada parent yang maq jumpa , beliau dari Sarawak dan akan naik kapalterbang pada malam selepas konvo tu, Allah hu tidakkah menyusahkan namanya.


 Ada betulnya kata kata beliau ni.


Semoga lepas ni kejadian serupa tidak berulang lagi. Maq bersimpati ,ada sesetengah ibubapa yang dah tua ,kena tahan lapar dahaga berjam jam semata mata.nak meraikan anak mereka.  Anda bayangkan seramai 1200 orang akan naik atas pentas dan majlis berlangsung selepas pukul 3. Tanpa dibenarkan makan minum. Simpati sangat sangat . Dan majlis akhirnya berakhir pada pukul 6.46petang. Dan kami gerak keluar dari kawasan konvo pada pukul 7.15malam. Bawah ni antara kenangan semasa hari konvo Ety.

Kami pergi bertiga je pagi tu sebab terpaksa keluar seawal 10.00pagi untuk ety berkumpul dengan para graduan yang lain 

Kesesakkan dalam kawasan kolej. Kereta dihadapan ada yang parking double,jadi laluan hanya untuk sebuah kereta sahaja. Memanglah jem ! Allah hu , paling menyedihkan takda seorang petugas pun kawal kesesakkan ini . Waktu ini Ety dan beberapa orang pelajar terpaksa jalan kaki ke tempat mereka dikumpulkan kerana sudah lambat 20minit. Dan maq serta encik suami masih menanti dalam kereta kerana kesesakkan. Dapat parking pukul 12.30 tengahari ! 😅

Pukul 1.00petang dah beratur untuk masuk kedewan.

Menanti kehadiran mereka yang diraikan.

Menanti VIP  datang .

Ety ! Hehe

Muka ibubapa yang keletihan melayan kesesakan jalanraya 2jam , yang kesejukan dan  yang kelaparan .

Akhirnya , alhamdulillah,semua dugaan dapat kami hadapi hanya dengan tahap kesabaran yang kukuh. Tapi mulut maq ni tetap membebel tak reti diam,haha .
 tahniah Ety !!😘🌹


Kenapa maq tak ajak family lain untuk sama sama meraikan?

Selain masalah kesesakkan jalan raya yang  berlaku dimana mana. Maq  tak sanggup nak buat mereka ternanti nanti hingga  majlis tamat. Sidang yang berlangsung 2 sidang dalam satu hari juga antara punca kolej dipenuhi lautan manusia. Pada maq ,susah senang kami dalam dugaan konvo ini ,biar kami saja yang alami sendiri.


Antara sebahagian sudut lautan manusia pada hari konvo tersebut ( dihadapan dewan) belum lagi di kawasan surau , toilet ,cafe,kawasan jual jambanagan bunga ,kawasan parking . Full house !!

Okeylah , semua ini kenangan paling berharga bagi diri maq secara peribadi. Hampir 35tahun maq tak datang ke negeri Perak Darul Ridzwan ini , meraikan Ety akhirnya maq kembali. Dan kehadiran maq juga telah memberi aura kepada kemenangan team pasukan bola negeri Perak pada malam Ahad lalu ! Tahniah yeop ! Kome memang boleh !! 👍👍

Terima kasih keluarga pak tam ,keluarga pak lang yang banyak membantu. Terima kasih pihak Kolej yang dah buat yang terbaik mampu. Terima kasih semua yang telah banyak beri pengalaman. Dan terima kasih Allah yang telah mempermudahkan semua urusan kami berjalan lancar dan sempurna.

Dan selepas majlis konvo ,kami gerak balik ke Batu Pahat pada pukul 9.00 malam dan sampai di Batu Pahat pada pukul 5.00 pagi. Alamak , highway pun tak boleh lari rupanya , dihighway Sungkai jek kereta gerak 60km/jam , heheheh cobaaaannnnn.. 😭😭😭

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar Waktu Malam

Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema.  Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,jangan kena kat keluarga kami yang lain. Awal awal lagi maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu disebabkan kami tak sihat. Takut menjangkit. Maq risau terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung,kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,siapa tahan wey. Bosan tau...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...