Skip to main content

Baby Big Size

Assalamualaikum.
Sejak jadi pengasuh ,baru kali ini maq jaga baby Big size . Baby tu tak lain tak bukan ,cucu maq sendiri. Dengan berat 10kg + pada usia 7bulan , agak terasa part pinggang bila dukung Ainul lama lama . Apa nak buat , dah memang rezeki budak Ainul dapat saiz macamtu kan ,sebut jelah Alhamdulillah.



Bila bawa ainul keluar rumah ,pasti orang akan tanya ,ni berapa bulan niii? Lahir berapa kilo nii ? Semangatnyaaaa..! Comelnyaaaa.. !  Susu badan ke? Makan apa ni badan boleh jadi giniii ! Ah ! Banyak soalan yang harus dijawab masa tu ,namun mama ainul dan tok mak pasti akan jawab dengan senyuman dulu kemudian baru jawab dengan kata kata. Nampak sopan tak kami masa tu ? Heheeee..



Sekarang ni Ainul 7bulan tetapi :

- baju dan seluar sudah pakai saiz budak setahun punya ,baju 9bulan dah boleh disimpan.

- Stokin pakai saiz setahun ke tiga tahun. Pakai yang saiz setahun , nanti sebelah stokin ada kat dapur ,lagi sebelah  ada kat ruang tamu. Sebabnya cuma muat kat separuh tapak kaki jek ,😅

-Lampin pakai buang saiz L jenama drypers. Sebab cuttingnya sangat sesuai untuk bayi badan besar seperti ainul. Sekarang ni  ,saiz L pun dah sipi sipi jek ,mungkin bulan depan dah pakai XL ? Waallahua'lam..



-stroller ainul pula jenis yang boleh tampung berat 22.5kg. Kalau guna yang 15kg. Nampak ngeri sikit bila ainul ada didalamnya.


- car seat pun kena guna yang besar punya supaya ainul selesa ketika berada didalam kereta.

Bulan depan ainul dah 8bulan . Kami tak minta lebih,cuma mendoakan supaya ainul diberi kesihatan yang baik ,ceria dan menjadi anak yang mudah dididik oleh orangtuanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah Kepada Semua

  Bismillah, Tahniah kepada parti Barisan Nasional yang dah menang majoriti di 2 negeri pada pilihanraya negeri baru baru ini.Iaitu dinegeri Johor dan Negeri Sembilan. Tahniah kepada rakyat yang dah berusaha keluar mengundi. Tahniah kepada anak perantau yang dah bersusah payah merentas kesesakan disepanjang lebuhraya hingga ke tempat mengundi. Tahniah kepada semua petugas SPR (Suruhanjaya pilihanraya Malaysia ) yang dah berjaya menguruskan dengan sebaik mungkin dari awal hingga ke akhir proses pengundian di kesemua kawasan. Tahniah kepada para penyokong yang berakhlaq baik disepanjang pilihanraya berlangsung. Malaysia akan aman jika semua orang ambil peduli pada semua tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Parti yang 'tak dapat menang' tu,anda sepatutnya bersyukur sebab masih ada beberapa kerusi lagi yang masih setia menanti kehadiran anda disisinya. Sekarang kuasa dah dalam tangan,sila jalankan amanah yang diberi.Ahli politik 2026 bebas dari sifat muncul bermusim.Mereka...

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Vinyl Eco menghiasi lantai bilik

  Assalamualaikum. **setahun telah berlalu, februari muncul kembali dengan kehangatan semalam...tanpaku sedari ku petik mawar merah ,ku tulis sebuah puisi...terima kasihhh..! cewah ..hehehehe.. Rasa lama dah maq tak berblog. Tak silap kurang lebih dalam 2minggu jugaklah blog sunyi. Dah tua tua ni fon pun dah jarang nak pegang.  Akhirnya ku sedari siapa diri ku kini heeee..  25 haribulan lepas ,lepas siap  cuci baju tetiba encik suami ajak maq pergi ke kedai Eco. Katanya nak kemas bilik . Kemas apakah ? Guna barang kat kedai rm2.10 je kah? cuak dah hati tua ini. Apa agaknya yang beliau nak kemas tu lah kan? deko deko bersama Abang Man ?  PKP ,jalanraya sunyi dalam pukul 10 pagi. Apatah lagi jalanraya berhadapan dengan kawasan balai polis Batu Pahat .  "Tabik datok anak cucu tumpang lalu, nak pergi kedai eco je ni. " 😂 bilik "single" ni selalu nya akan jadi mangsa bila  nak kemas bilik "couple". serupa port jin bertendang dah tu! Habis dipunggahnya kesi...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاته- "Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety ) Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu. Maq cuma senyum.. Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni. Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik ! Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayu...

Nak Kena Booster Pulak?

Assalamualaikum. Harini  hujan turun tanpa henti kat Batu Pahat ni.Jujur cakap ,maq tak mandi pun petang tadi.Sejuk woi !  Lagi pun sakit badan sebab jatuh gedebuk angkara kaki tersandung lantai kat kawasan medan selera Benteng pun belum sembuh. Kawasan baru medan selera Benteng,Perserai, Batu Pahat. Berhadapan dengan hospital Pakar Putra. Bawah ni bahan bukti ,hahaha jauh dari nyawa kan..Tapi badan ,lutut ,peha memang terasa sakit.Macam baru lepas kena tumbuk. Semua rasa  sengal sengal badannya. Masa tengah makan , sempat tanya si bongsu : comel tak masa mak jatuh tadi ? Serba salah budak tu nak jawab ,cuma mampu gelak jelah. Maq pun buat lah ayat pedih untuk luka yang makin terasa pedih tu :  "confirm macam guni bundle kena campak dari lori..kannnn..sebab tu aida gelak jek.." **bedekah encik suami & si bongsu ! ish..rasa makin sakit tau masa tu,pakkal perut dah lapar,maq suap je soto ayam lelaju. Rupanya si bongsu mengadu kat kakak kakaknya  digroup whatsA...

Pray For Pasir Gudang

Assalamualaikum. Semalam dan hari ini tular di aplikasi whatsapp dan semua media social mengenai tragedi pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang ,Johor. Ramai yang maq kenali merupakan penduduk tetap di Pasir Gudang ,termasuklah kawan kawan sekolah dan adik perempuan maq sendiri. Bila sahabat sekolah menceritakan serba sedikit situasi disana, hati tua ni jadi bimbang. Anak anak buah maq masih lagi bersekolah disana. Semoga Allah beri sebaik baik pelindungan buat mereka semua. Sedih bila tengok kekejaman yang mereka lakukan. Macam bukan buat benda salah je! Macam tu je mereka buangkannya? Allah huakhbar Ada pulak yang ambil kesempatan buat berita palsu ? Hmmm..Keuntungan pada satu pihak tapi kerugian bagi banyak pihak. Persoalannya selama beroperasi dimanakah sisa toksid tu dibuang??? Apakah agenda mereka kalini dengan sewenang sewenangnya membuang  sisa sisa tu disitu? #MakcikkaunirasaMusykil 😩 Bawah ini jumlah mangsa setakat hari ini ( Rabu 1...