Tips Pilih Bendi

Assalamualaikum.
Dulu ,katanya kalau nak pilih bendi tu tua atau muda kat pasar ,kita kena patahkan hujung bendi tu. Kalau mudah dipatah,tu tandanya sesuai dibuat sayur manakala kalau liat ( susah nak patah )  itu tandanya dah tua , tak sesuai dimasak.  Tapi sedikit perkongsian tips pilih bendi dari group whatsapp kali ini memang ada logiknya jugak. Apa tips tu? Baca keterangan dibawah ini.

RAMAI orang tanpa rasa bersalah akan mematahkan hujung bendi ketika memilih Bendi Muda. Kesannya merugikan peniaga dan jika peniaga TIDAK REDHO maka berdosa.

Kita berhak memilih yang elok dan terbaik tetapi HARAM merosakkan barangan jualan pihak penjual, kecuali kita dibenarkan atau  kita bayar semua bendi yang kita dah patahkan.

Allahumma ya Affuw banyak kesilapan kita.
Malah ada ketika bila penjual menegur, terus tak mahu beli.Siapa yang nak beli Bendi yang kita patahkan?Anda sedar kemarahan dan kekesalan penjual? Rugi bila pembeli mematahkan hujung bendi dan diletakkan semula.

Maka mari kita belajar cara pilih bendi muda tanpa mematahkan hujungnya.



Lihat saja tangkai bendi dan jika bendi muda, tangkainya tiada lubang. Jika bendi tua, ada lubang.Moga kita tidak merosakkan hati dan perniagaan orang lain.


Allahumma ya Hafiz ya Muhaimin.

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Himpunan Doa Arafah 2025

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Ujian Waktu Cuti Panjang

Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

Sorang lagi sahabat sekolah tinggalkan kami

Diam Diri Umat Akhir Zaman