Tak Pandai Nak Jaga Kaktus

Assalamualaikum.

Akhir bulan 10 haritu , anak sulong maq pergi ke Cameron Highland. Beliau ada belikan mini kaktus  sebagai cenderahati dari tanah tinggi tu untuk maq. Along tahu ,maq memang minat kaktus. Dulu kini dan selamanya.








Cantik? Comel kan? Masih belum diubah lagi tu sebab belum beli pasu dan tanah .


Tapi maq sebenarnya ada satu kekurangan dengan kaktus ni. Maq tak reti nak bela diaorang macam maq jaga anak asuhan maq. Maq tak pakar nak tahu apa kaktus perlu dan tak perlu untuk hidup elok dan membesar dengan sempurna. Tengok bawah ni. Kaktus yang dah lama maq tanam dan maq jaga. Saiznya masih cenonet macam saiz maq beli diaorang dulu. Dah dekat 2tahun kot. Alahai sedih.. 😭

Tengoklaaa..kulit siput tu pun lebih besar dari diaorang.
 Tu maq baru tukar tanah dia. Kata orang tanah kaktus kena kering , tak boleh basah selalu.  Tapi bila maq "biarkan kering"  sampai dengan kaktus kaktus pun sama sama kering keding dan ada beberapa juga yang dah innalillah..😭


Anda yang tahu macamana tips terbaik untuk tanam , bela kaktus,tolonglah beri tunjuk ajar kat maq. Mana tahu dengan ilmu anda tu ,maq boleh bela kaktus yang along beli tu dengan jayanya. Dan ilmu anda tu akan kekal jadi jariah tau ..haa tak nak ke ?  ( perempuan part mujuk memang pakar ) 🙊


Nota maq : saya penggemar kaktus sebab itu saya sudah terbiasa tercucuk duri berbisa dijari dan dihati...heeee...

Comments