Assalamualaikum Sekali lagi kita berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat. PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY "Oleh ; Mohamad Sindi Sabilan " Saya dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan saya, sana sini Jedar jedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem.Sekarang lokasinya ialah Komplek peladang Jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman. Embah Sarah nenek saya yang menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana di sekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan hutan menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat. Kominis ni kejam, mereka menan...