Skip to main content

Salmon Omega Complex

Assalamualaikum..

Semakin usia bertambah, semakin banyak benda nak difikirkan dan semakin banyak benda nak kena buat. 

Maq pulak ,tabiatnya bila kerja banyak ,badan dah letih ,makan pun ala kadar jek. Asalkan kenyang , sudah. Sedangkan tubuh yang seusia maq sekarang ni ,adalah lebih elok makan dijaga kalau tak ,macam macam penyakit boleh datang. 

Setakat ni alhamdulillah , masih bebas . Terima kasih Allah. Padahal belum buat pemeriksaan menyeluruh lagi. Yang pastinya tiap kali check tekanan darah ,masih tahap "selamat" heeee. Untuk beberapa bulan ni,maq dah dapat bff baru sebagai jajan orang tua.

Salmon omega complex

Apa khasiat salmon omega complex ini? Baca gambar bawah ini.


Sebenarnya produk ini memang maq dah kenal sejak zaman maq budak budak lagi dan sekarang dah jadi nenek budak ,ianya masih bertahan dan masih kekal dipasaran sebab itu maq lebih yakin nak ambil produk ini.

Zaman sekarang banyak sangat keluaran makanan tambahan , bukan maq tak percaya tapi maq rasa kurang yakin nak guna.

Anak gadis maq pun maq suruh guna produk ni.maq pesan kat dia , tak perlu ambil hari hari tapi dia 'kena ada ambil' dalam beberapa hari untuk sebulan. Cakap pun makanan tambahan kan bukan makanan asas ,jadi tak perlu hari hari , hehehe .

Maq bukan dealer ,maq bukan tokey produk dan maq bukan penaja. Tapi maq adalah pengguna yang nak berkongsi kebaikan bersama.

Harapan maq semuga bff baru dapat bagi kerjasama.

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?