Assalamualaikum.
Maq ada tabiat yang mungkin anda pun buat atau mungkin tak buat. Bila dalam kereta dan perjalanan agak jauh,maq memang susah nak tidur. Maq akan jadi kawan bual encik suami sambil melayan mood drive dia. Risau jugak kalau dia bosan dan akhirnya rasa mengantuk dalam pemanduannya. Bahaya kan.
Selain makan jajan ,sembang kosong , dengar lagu lagu dalam cd kegemaran encik suami , maq ada satu lagi aktiviti meneman, iaitu ambil gambar awan. Maq sangat sangat sangat suka aktiviti ini ! Ye sungguh haha. Maq selalu ajak anak anak tengok awan . Masyaallah, memang suka !! Ciptaan Allah yang memang hebat dimata maq.
Tempohari ketika ke Perak ,perjalanan kami diselang seli dengan cuaca panas dan hujan. Dan detik nak hujan dan hujan turun itu telah dapat maq rakam dalam gambar gambar dibawah ini. Maaf , maq bukan jurufoto yang profesional. Guna pun handphone cap chicken jek hehe
Langit mendung dikawasan kereta maq tapi lihat hujan yang turun dihadapan tu , maha suci Allah . Sangat cantik. |
Awan mendung kelihatan seperti gunung api meletus bila digabungkan dengan bukit batu kapur yang berdiri tersergam indah tu. Allah huakhbar ... |
Ketika tu belum hujan tapi angin dah bertiup kencang dan lihat awan hitam yang berselerakkan dicelah bangunan tu. Indah sekali.. |
Garisan cahaya celah awan hitam itu memang ada. Itulah cahaya matahari yang cuba mengintip bumi tapi terhalang oleh awan hitam. |
Masyaallah ..indah sungguh ciptaan Allah. |
Perak ,negeri yang dihiasi dengan bongkahan gunung dan bukit batu kapur yang tersergam indah. Kejadian alam semula jadinya dah buat maq rasa ingin datang lagi ke sana. Inshaallah satu masa nanti.
Comments
Post a Comment