Losyen Membelai Ainul
Assalamualaikum.
Semenjak ainul dah guna baby walker , mama ainul ada mengadu kat maq yang ainul selalu gelisah bila tidur malam. Tak nangis kuat tapi merengek dan tidur tak lena.Keadaan ini boleh menganggu kualiti tidur mereka anak beranak.
Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti ainul yang kehulu kehilir bermain dalam baby walker disiang hari.
Walaupun letak sekejap sekejap tapi seronok bermain buat dia letih. Letihnya pula terasa ketika dia nak tidur malam.
Untuk legakan letih dikaki gebu ainul , Maq belai pelahan dengan losyen selepas tiap kali ainul mandi. Kalini maq guna losyen baby jenama fiffy - fiffy baby moist lotion.
Kenapa maq pilih fiffy moist lotion? Losyen ini mengandungi lembapan semulajadi bervitamin C yang datangnya dari kandungan aloe vera dan susu.

Mudah menyerap kedalam kulit bayi dan melembutkan kulit serta dapat memberi perlindungan kulit secara sempurna. Baunya pun lembut. Bayi rasa selesa.
Sebenarnya kulit ainul jenis sensitif ,ianya akan jadi ruam kalau kena pada produk yang tidak sesuai tapi losyen fiffy ini langsung tidak beri kesan apa pun kat kulit ainul , sebab itulah maq gunakannya sebagai losyen membelai dia.
![]() |
Ainul tak pernah menolak bila maq belai dia guna losyen ini. Dia akan sentiasa " get ready " - dalam istilah lain , dia tadah je apa tok maq dia nak buat kat kaki dia ,😂 |
![]() |
Kaki gebu yang minta dibelai. |
Sebenarnya kulit ainul jenis sensitif ,ianya akan jadi ruam kalau kena pada produk yang tidak sesuai tapi losyen fiffy ini langsung tidak beri kesan apa pun kat kulit ainul , sebab itulah maq gunakannya sebagai losyen membelai dia.
![]() |
Selepas dibelai dengan losyen fiffy moist ,ainul pasti tidur lena. |
Anda yang ada bayi jenis aktif macam ainul, bolehlah cuba. Belai pelahan di kaki ,betis dan tapak kaki serta celah celah jari kaki bayi .
Buatlah urutan sebelum tidur atau selepas dia mandi. Urut arah keatas ya dan jangan kuat sangat ,cakap pun membelai ,mana boleh kuat kuat kan,hehe..
Kenapa maq tak belai guna minyak bayi ?
Minyak melekit dan licin . Nanti ainul nak gerak bermain ,lantai pun jadi licin,merbahaya pulak kat kawan kawan lain yang bermain sama. Guna Losyen lebih selamat sebab ia cepat menyerap !