Ainul Mardhiah 7 bulan



Assalamualaikum.


Alhamdulillah , Ainul Mardhiah , dah masuk umur 7 bulan pada 4November 2018 lepas. Banyak perubahan yang Ainul tunjuk kat kami sekeluarga. Selain dah pandai tiarap dan kemudian berpusing 360`darjah , juga boleh golekkan badan ke kiri dan ke kanan dengan pantas , Ainul juga dah mula pandai tiru gaya orang keliling.


Pandai dah tiru gaya orang gelak besar.



Beria ria dia menikmati rasa buah epal dalam fruit feeder tu.


Tentang makan , Ainul tak cerewet sebenarnya cuma ainul ini jenis cepat jemu.  Apa jek boleh , asalkan jangan menu yang serupa sepanjang minggu. Jadi tok mak kena selang selikan menu ainul dengan pelbagai rasa. 2hari bubur brokoli ,  2hari bubur nasi campur susu tepung,  2hari bubur  nasi  campur puri segera , dan menu akan diulang setiap minggu. Dan untuk diet , snack ainul pastinya buah buahan segar seperti epal merah, buah pear , buah pisang dan kismis ,kurma.

Inilah puri segera yang maq maksudkan.  Ainul lebih minat perasa vanilla dan pisang. Order kat Shopee ,harga lebih rendah. -kata mama ainul 😊



Nota maq :  sedang mengenal pasti makanan kegemaran ainul .

Comments

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Bihun Goreng Putih

Kenangan 11 Julai 2026

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Kerabu Magie Thai

Nasi Dagang Terengganu Versi Maqnie

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Tips Pilih Bendi