Cari Baik Dalam Buruk

Assalamualaikum.
Bila dapat nasihat yang baik dari sahabat lain dalam group,maq akan simpan dalam archive entri. Tujuan utama tak lain tak bukan sebagai nasihat untuk diri sendiri. Tuan empunya blog. Dan andai kata ada yang sudi membaca ,sedikit sebanyak akan beri manfaat. Itulah tujuan utama maq. Dan hari ini ada nasihat seorang sahabat. Beliau suruh maq cari baik dalam buruk orang lain. Baca :

NABI MUSA A.S MELIHAT BANGKAI SEEKOR ANJING YANG MATI DI PADANG PASIR.

SAHABAT SAHABATNYA MENUTUP HIDUNG.

MALAH ADA YANG LOYA DENGAN KEADAAN MATA ANJING YANG HAMPIR PECAH, ISI PERUT YANG TERBURAI..!

AKAN TETAPI NABI MUSA BERKATA,

"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

SAHABAT-SAHABATNYA MENEGUR BAGAIMANA NABI MUSA BOLEH BERKATA DEMIKIAN?

LALU NABI MUSA MENJAWAB,

"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!"

SEMOGA KITA SEMUA BOLEH MELIHAT KEBAIKAN DI DALAM DIRI SESEORANG WAIMA MUSUH KITA SEKALIPUN. INSYAALLAH , HATI KITA AKAN BERTAMBAH SENANG DAN TENANG..!

JADILAH SEPERTI LEBAH.WALAUPUN HIDUP DI DALAM LAUTAN SAMPAH, BUNGA JUGA YANG DICARINYA..!

JANGANLAH JADI SEPERTI LALAT.WALAUPUN HIDUP DI TAMAN YANG INDAH, SAMPAH JUA YANG DINANTINYA..!

SEMOGA IKATAN KITA SESAMA INSAN AKAN LEBIH ERAT DAN HARMONI TANPA ADA RASA DENGKI, IRIHATI DAN BENCI-MEMBENCI ..!

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN. IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..KERANA HANYA ORANG YANG HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

Waallah hua'lam..

Gambar sekadar hiasan.

Comments