Done booster ?

 

Assalamualaikum.

haaa..done booster 6/1/2022 kat Bp Mall .So apa cerita ?Jom throw back kisah silam itu hehehe padahal baru seminggu lepas .

Temujanji maq pukul 6 petang,

Temujanji encik suami pukul 11.30 pagi.

Kalau encik suami disuntik dulu lepas tu tangannya sakit ,siapa nak hantar maq petangnya ? Dan satu dunia tahu ,maq tak reti drive.

solusi : maq pergi je awal ,sama dengan waktu temujanji encik suami.


masa dalam perjalanan nak ke bp Mall, maq dah doa banyak banyak supaya tak kena halau dengan petugas kat PPV tu sebab datang lebih awal dari waktu yang diberi.

Alasan maq : petang nanti takda sapa nak hantar saya..encikk..

OK ! alasan diterima. Terus dapat nombor giliran.

Encik suami pula yang tertinggal kat belakang ,dia dapat nombor 1334.Puncanya mysejahtera dia loading macam siput.Hehehe lainkali gunalah umobile,barulah lari laju macam kuda! 🤭

6/1/2022 - semua warganegara sahaja yang ambil vaksin booster pada hari tersebut. Okey jugak sebab sebelum ni ada informer cakap ,mereka bercampur dengan pekerja asing dan kumpulan menunggu giliran waktu tu sangat sesak !

Eh tak sampai 10 minit ,siap dah vaksinasi dijalankan. Seluruh badan maq sudah dimasukan "chip" .. hahaha memandaiiiii.

Hastag : selesai sudah tanggungjawab saya kepada negara. 

itulah nama yang telah terpatri disitu sebagai penerima vaksin booster.But KKM Maq nak request ni... No more booster pleasee..

situasi tempat pakir di bpMall pada hari maq ambil booster haritu.Sesak padat !

Lepas booster tak rasa sakit ke? lepas suntik tu elok je kejadiannya TETAPI sebelah malamnya maq rasa lesu satu badan & macam nak demam tapi badan tak panas pun.Alhamdulillah 2 hari je rasa macam tu.

Apa maq buat sebelum pergi ambil booster ?

*pastikan perut kenyang,

*maq makan bio C plus ( vitamin C ) sebagai ejen imun tubuh badan.




* dah siap booster makan panadol 2 biji 

* 48 jam rest kat diri dari buat kerja berat.

Kesan sampingan yang Maq sendiri alami.

- Badan dedo

-lengan sengal

-hari ke 2 & 3 kepala ada pening kejap kejap 

( makan 2 biji panadol ,lega )

Sebetulnya kesan booster tu takda lah sakit mana pun .Tapi rasa sakit tu datang dari kesan maq terjatuh tergolek kat medan selera Benteng sebelum tu ,haa tu la jadinya sakit ganda dua. 

Benda dah nak jadikan..nak buat camana.

Alhamdulillah ,harini 13/1/2022-dah seminggu maq ambil booster,dan apa yang maq rasa?

Kadang² otot bahagian atas dada  tu terasa pedih pedih ,tapi tak kerap sangat la. Bila ngadu kat encik suami,dia cakap...


" haaa..bukak lagi kipas laju²..kalau ada speed tu nombor 12, pun awak nak pulas ke nombor 12 .."


Alhamdulillah,done kena sindir ,hehehe

Apa pun doa yang baik baik buat semua. Semoga vaksin yang masuk kedalam tubuh ini memberi manfaat buat diri maq dan orang keliling. Jadi sihat dan selesa untuk buat amal ibadah untuk NYA..aamiin..




Popular Posts