Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Healing ni,tak perlu pun kena pergi jauh.Nikmati alam semulajadi yang berhampiran sahaja. Bertarung dengan kenderaan yang banyak dan jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat rehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cubalah! Dah,jom kita balik!