Skip to main content

Pantai Punggur Terhakis Teruk


Assalamualaikum.

Ahad lepas maq berkesempatan sekali lagi meninjau ninjau pantai pantai yang terdapat di daerah Batu Pahat ini.

Kalini maq nak kongsi mengenai situasi Pantai Punggur.Lokasi terletak ditengah tengah diantara Pekan Senggarang dan Pekan Rengit.

Pantai Punggur terhakis teruk? Betul ke?

Setelah hampir 2 tahun maq tak ke pantai ini, kalini memang dah nampak ketara sangat  kesan hakisannya.

Bukti?

Pantai dah hampir sangat dengan tempat parking kereta. 

Dulu kat sini banyak aktiviti dijalankan. Sekarang bila pantai makin dekat dengan kawasan kedai,pengunjung pun takut nak lepak lama lama. 

Tembok yang dibina sedikit masa dulu mulai runtuh dik kerana pasir pasirnya telah dibawa lari oleh air dan ombak laut. 

Dulu pengunjung boleh je duduk melepak santai santai atas tembok tu tapi sekarang tidak lagi. 

Bukan sikit runtuhnya tembok tu tapi disepanjang pantai

Batu tambak tu dulu port kaki pancing, kalau sekarang tak pasti lah 

Batu yang ditambak supaya kawasan keluar masuk perahu dan bot nelayan tidak jadi mangsa hakisan air laut. 

Tembok batu dan keadaan persisiran pada tahun 2018.



Apa yang diharapkan,  janganlah dibiarkan hakisan terus belaku dan menjejaskan keselamatan penduduk dan kehadiran pengunjung.



Asalnya dulu cantik sangat tempat ini. Brother brother motor sering jadikan lokasi pantai ini sebagai kawasan mereka 'cari ilham'. Tapi tu dulu,  sekarang?  Dah tak lagi.. Sebab?

*sebab brother brother tu dah tua,  dah tak larat,  dan dah ramai cucu, so mereka lebih suka drive kereta dan boleh bawak cucu cucu sekali melepak.. 😂

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kesilapan Besar

Ayam Tua Masak Sambal

Soudan Chocolate

Siapa Yang Layak Kerja Keras?

Doa Ketika Jumpa Orang Jahat

Iklan Di Blog

Tips Bangun Solat Malam

Umrah Ramadhan 2025

Sayyidul Istighfar

Rokok ada di Syurga?