Skip to main content

Sembang Sikit Isu semasa



Assalamualaikum.

Hai, kita sembang sembang sambil ngopi..

Minggu ni negara gempar dengan dua isu semasa.  Pertama virus Novel Corona
 dan yang terbaru kisah pengusaha produk kecantikan yang pergi umrah.

Tak payah kita ulas lagi apa dia dua kisah tersebut. Tapi apa yang paling utama bagi kita sedari ialah, bukan saja saja Allah datangkan dua isu ini depan mata kita.

Mungkin ada yang tak sependapat dengan maq, its okey. Kita punya banyak pilihan pendapat. Dan maq tak kisah semua tu.

Bagi isu pertama - orang muslim harus teruskan jaga sumber pemakanan,jaga kebersihan, jaga kesihatan ahli keluarga. Kena peka dengan sumber sumber makanan yang diperolehi.  Ramai dikalangan kita terlalu taksub dengan benda viral hinggakan makan pun tak nak fikir halal haram. Bila viral je terus serbu tanpa teliti level halal haram produk tersebut.Part ini paling bahaya.Ramai dah maq tengok kawan kawan review benda yang mencurigakan, tapi bagi maq, biarlah itu hak masing masing. Cuma apa pun lebihkan fokus pada "kehalalan"  sesuatu produk  untuk diserap oleh usus kita. Itu langkah berjaga jaga namanya.



Isu kedua - "dia buat, dia dapat" . Kitalah pendosa tanpa noktah. Biarkanlah  "dia" . Biarlah dia berurusan dengan Allah. Sebagai warganegara  yang sama negara dengan beliau, kita sama sama doakan supaya Allah lindungi negara Malaysia terhindar dari  hal hal yang tidak diingini. Dan sama sama juga kita doakan agar beliau yang diperkatakan itu diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt, bila dah pulang dari Mekah nanti. Tak perlu ayat kecam mengecam. Bila kita menyalahkan orang itu, orang ini,  ternyata kitalah yang lebih bersalah. Allah menduga kita melalui dia. So,sama samalah kita  banyakkan istigfar..

Sebab tu maq cakap, bukan saja saja dua isu itu berlaku.

Apa yang perlu kita tahu - bukankah syurga itu bakal dipenuhi oleh pendosa yang telah bertaubat?  So siapa kita saat ini nak menilaikan dosa dan pahala bagi pihak orang lain?

Astagfirullahhalazim..

Maaf, Ini cuma pendapat peribadi maq sahaja.



Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa