Assalamualaikum..
Bila doktor sarankan maq kurangkan atau tak ambil langsung minuman berkafien, maq terpaksa akur demi kesihatan mendatang.
Harini dah seminggu maq tak minum Nestcafe, indocafe, semua kaum kerabat kopi, langsung tak sentuh!
Teh tarik pun malas nak pandang lagi hehe |
Bila nampak serbok indocafe dalam balang, rindunya aroma dia Allah je tahu. Bau pun maq rindu. Lastly demi maq, encik suami pun sama sama tak sentuh minuman berasas kopi tu. Hehehe siapa tak sayang isteri uiii.. Demi sayang, kanda sanggup katanya 😂.
So dalam seminggu ni, kami minum apa je untuk menjamu selera?
Susu!
Awalnya agak susah jugak sebab susu ni tak macam indocafe. Rasa muak tu lebih. Silap gaya boleh jadi loya lepas minum. Kalau tak boleh telan, maq sejukkan dulu ( chill ) bila dah haus baru minum. Heheheh teruk sangat perangai wargaemas ni kan..
Sejujurnya, dah masuk seminggu, maq masih belum boleh move on lagi tau . Rindu kat minuman berkafien tu tetap membara.. Allahhu, maq tak mampu nak lupakannyaaaa.. 😭
Nota maq : setiap yang berlebihan pasti memudaratkan. Semua ni salah maq sendiri. Bukan salah orang yang jual kopi tu.
Comments
Post a Comment