Skip to main content

Along vs Mak usu


Assalamualaikum.

Semalam Along ada balik ke rumah maq. Selepas berkahwin, Along ni duduk kat taman sebelah taman maq duduk je, Alhamdulillah  dapat orang dekat dekat,  so hampir setiap hari bila ada masa along akan balik kesini. Kadang minta maq tengokkan anaknya Ainul sebab dia ada urusan  dengan bisnesnya diluar, kadang along saja saja balik sebab nak temankan  maq dirumah sengsorang sebab mak usu dah pun bekerja.

Semalam maq terdengar perbualan mak usu dengan along.

Mak usu : kak, nanti kau boleh temankan aku ambil result SPM tak?

Along : result kau bila keluar?  Boleh je, sis no problem.

Mak usu : 5 march nanti..

Along : beresss.. Kau nak aku pergi sekali teman atau kau nak aku hantar je kat pintu pagar sekolah?

Mak usu : ala, kau temankanlah aku,  kot apa apa  jadi nanti kat aku, kau ada..

Along : boleh.. Boleh.. Tapi hmm..

Mak usu : tapi apa?

Along : kita kena pergi awal lah sikit, kalau lambat nanti A nya dah habis.. Hahahahah

Mak usu : Hahahah  adoiiyaii ..yela yela..

Maq dengar pun tergelak sama. Dalam garang garang along,  reti jugak dia bergurau dengan adik dia..

Maq pernah pesan kat mak usu dan angah. Bila hidup dah selesa, jangan pernah kedekut dengan along.  Sebab banyak dah along bantu adik adik dia bila diaorang minta tolong. Lagi satu, along ni tak lokek pasal duit dengan  adik adik dia termasuk emak ayah dia. Boros pun boros tapi cari duit pun rajin jugak.. Hehehe

Sekarangni  siang malam dia cari rezeki bekerja sendiri,  semata mata taknak bebankan suami. Sambil jaga ainul, sambil jaga rumah mertua, sambil tengok tengokkan maq.. Beliau buat usaha beliau.. Alhamdulillah.

Semoga along suksess dengan rezeki yang Allah sedang buka jalan. Maq pernah pesan kat along , kerja apa pun, kerja kat mana sekali pun ,kita bakal diduga. Kalau ada buyer yang problem, abaikan je. Tahan sabar tu.  Kalau letih, rehat cukup cukup,  rezeki dari Allah.  Jangan paksa diri ,Jangan nak stress stress kan kepala.


'bundle2you'
Semoga dibuka luas lagi pintu rezekimu nak.. 

Akaun shopee Along

Video along tengah buat kerja. Actually  video ni maq  rakam sebab ibu maq nak tengok jual live kat shopee tu macamana rupanya.  So nak terangkan kat beliau, maq pun rakamlah.  Lepastu video ni maq akan share kat adik lelaki maq yang duduk sama dengan ibu.  Nanti mesti ibu cakap ,

" ooooo. Ini rupanya cucu aku berkerja..kita buat dia,  benda boleh buat, teruskan buat... " - kata kata semangat tu..

Along, mak usu, Angah🌹🌹🌹


Nota maq untuk Mak usu - apa pun result SPM yang bakal mak usu dapat nanti,emak dan ayah akan terima dengan senang hati dan penuh dengan rasa  bersyukur. Sebab mak usu dah berusaha sedaya upaya  selama ini.Alhamdulillah..Hasilnya adalah ketentuan dari Allah.. 

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa