Skip to main content

Tekanan darah dah kerap menaik


Assalammualaikum.

Sejak kebelakangan ni tekanan darah maq selalu menaik.  Kalau sebelum sebelum ni bacaan adalah normal tapi sekarang tak lagi. Padahal maq takda pun rekod tekanan darah tinggi. Yang doktor dah sahkan cuma kolestrol tinggi jek. Hmmm.. Tak jaga makan lah tu. Bedal apa je,  nah. Sekarang, inilah hasilnya.

31Januari lalu, masa check up kat klinik al Iwani,  doktor Faritha dah tegur,


"kenapa bp naik?  Stress ke?  Banyak fikir?  Selalu okey je bacaan, ni saya dah check guna 2 jenis peralatan pun bp puan 140/84 . Dah kategori darah tinggi ni puan.  Banyak makan masin masin ke?  Atau banyak pergi kenduri kawin ke?  Hehehe.. "

Doktor saja nak sakat maq lah tu.

Doktor memang peramah. Kalau jumpa, tak sembang sampai 25-30 minit dalam bilik rawatan tu memang tak sah. Kadang maq rasa berdosa pulak dengan pesakit kat ruang menunggu tu. Tapi tulah doktor kegemaran maq, banyak benda dia nak beritahu kalau kami jumpa. Aktiviti beliau join kumpulan yasin pun akan dikongsi dengan maq. Friendly sangat sangat...

Semalam, bila maq suruh si bungsu check bp maq kat rumah. Ini resultnya..


Warna skrin jadi warna kuning.  Kalau sihat, ia akan berwarna hijau. Allahhu.. Kenapa ek? Apa yang perasan,  sejak balik dari majlis di Kulai pada 25-1-2020 haritu,  badan maq sampai sekarang tak sihat. Dedo, demam hanya disebelah petang,selsema dan batuk. Dan hingga ke minggu ni bila tengahari je kaki maq akan rasa sejuk,  rasa nak demam.  Dan bila batuk sesekali, kepala maq akan rasa sakit sangat. Bukan pening tau tapi sakit.

Bila maq update result bp kat group family, bekas pembantu Nurse dihospital Pantai ada komen.

Nampaknya maq memang kena pergi buat check up kat hospital kot.. 


Allahhumma ya Salam..😢

Comments

  1. bahagian atas agak tinggi.. jgn stress2 maq.. try cukupkan tidur dan rehat secukupnya

    ReplyDelete
  2. Ya mamapp, terima kasih utk kata nasihatnya. Insyaallah maq akan cuba cari penyelesaian untuk atasi masalah ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kesilapan Besar

Ayam Tua Masak Sambal

Soudan Chocolate

Siapa Yang Layak Kerja Keras?

Doa Ketika Jumpa Orang Jahat

Iklan Di Blog

Tips Bangun Solat Malam

Umrah Ramadhan 2025

Sayyidul Istighfar

Rokok ada di Syurga?