Skip to main content

Savon Magic sabun serbaguna abad ini




Assalamualaikum.

Maq kenal savonn magic ni dari group facebook.  Suri suri rumah guna produk ini untuk bantu selesaikan masalah mencuci mereka. Ramai dah mengakui bahawa sabun ini berbaloi beli.

 Bawah ini antara kegunaan yang boleh kita perolehi dari produk ini.


Sedikit perkongsian cara penggunaan Savonn Magic.

🌻Jika nak rendam pakaian, seharusnya asingkan pakaian putih & berwarna

🌻Air rendaman tidak boleh terlalu banyak. Kalau air terlalu banyak, hasilnya kurang memuaskan. Kiranya air paras2 terendam pakaian

🌻Untuk kotoran degil perlu rendam dgn air panas

1. *CUCIAN MESIN (HARIAN)

Untuk basuhan 12-16kg, tambahkan 4-5 scoop SAVONNMAGIC. Basuh macam biasa.Baju bersih, wangi, segar, dan nampak baru.

2. *CUCIAN KASUT SEKOLAH.

 Masukkan 1 scoop untuk 2 pasang kasut. Rendam semalaman. Esok pagi senang berus walaupun tapak kasut. Lebihan sabun boleh guna untuk basuh lantai tempat letak kereta.

3. *CUCIAN BAJU PUTIH.

Masukkan 2 scoop sabun untuk 4-5 helai pakaian sekolah. Rendam semalaman. Esok pagi boleh sental sikit2, bilas dan jemur. Kalau malas sental, masuk dalam mesin basuh, basuh tambah sedikit SAVONNMAGIC dan jalankan mesin seperti biasa. Lebihan sabun boleh guna untuk cuci lantai  bilik air dan mangkuk tandas. Dah jimat pencuci tandas.

4. *BERSIHKAN LANTAI TILES/MOZAC KESAT.

 Taburkan sabun dan biar meredap semalaman. Esok pagi nak mandi boleh sental.

5. *CUCIAN LANTAI MOZAC/TILES LICIN.

Bancuh 1 sudu teh sabun dengan air suam, boleh mop lantai. Lantai tak licin dan mengilatkan lantai.

*CARA CUCIAN BILIK MANDI 

Sabun tu perlu biar beberapa jam.
🌸 Basahkan lantai bilik mandi
🌸 Taburkan sabun pd keseluruhan lantai
🌸 Biarkan sejam dua
🌸 Baru sental.

Berapa banyak nak tabur tu tengok berapa teruk kekotoran & keluasan bilik Mandi.
Dalam 2-3 scoop

6. *CUCIAN SOFA KERETA* 

 Bancuh 1/2 scoop dlm 500ml air, spray dan biarkan seketika. Kemudian lapkan  dengan kain basah sehingga hilang bau.

7. *CUCIAN HILANGKAN TAHI LALAT* 

 Taburkan sabun ke atas baju/kain yang ada bertahi lalat. Letakkan didalam baldi. Curahkan air panas keatasnya. Biarkan seketika, kemudian anda boleh menyentalnya.Sekiranya masih ada yang belum hilang, boleh ulang cara diatas.

8. *CARA BERSIHKAN SOFA LEATHER*

🌱Cari botol yg boleh spray
🌱Masukkan air setengah botol
🌱Masukkan sabun 1/3 scoop
🌱Goncang2 hingga larut
🌱Spray pada sofa & lap dengan kain (tuala good morning)

#Jika tiada botol spray, boleh bancuh air sabun dalam besen, celup kain, perah & lap pada sofa.

✅Teknik "spray & gosok" juga sesuai dibuat pada kerusi sofa leather. Memang senang hilang kotoran nya

9. *CARA HILANGKAN KESAN MARKER PEN PADA BAJU

🌸 Perlu lumurkan dulu sabun savonn magic pada tempat yang kotor, lepas itu baru rendam
🌸Gosok sikit2 pun dah hilang
🌸 Yang marker pen tu kena pastikan samada ianya dakwat kekal atau tidak sebab hasilnya akan berbeza
🌸 Untuk cepat hilang kena lumurkan dulu dengan sabun dan biarkan seketika...baru gosok..kalau spray pun sama..spray dan biarkan dulu seketika..lps tu spray lagi dan gosok (ulang2 proses)

10. *CARA HILANGKAN MINYAK HITAM*

🌿 Basahkan baju
🌿 Lumurkan sabun pada tempat yang terkena minyak
🌿 Rendam baju dalam air panas
🌿 Biarkan seketika (1-3jam)
🌿 Cuci dengan cara gosok2 dengan tangan sahaja
🌿 Bilas dengan air bersih

11. *MEMBERSIHKAN BEG TANGAN* 

*Bancuh sabun di dalam botol spray. 1/3 scoop sabun + air
* Spray pada permukaan beg tangan dan lap dengan kain/tuala atau
*Gunakan span/kain/tuala, celup kan pada bancuhan sabun tadi, perah & lap pada permukaan beg tangan

*Nota kaki* - sukatan sabun boleh dikurangkan atau ditambah bergantung pada kuantiti atau sikitnya air.

❌Elak kan merendam beg tangan anda‼‼

12. *CARA MEMBERSIHKAN PERIUK ATAU KUALI*

✨Untuk kuali, jika keraknya terlalu tebal, kikis dahulu menggunakan sudu.
✨Lepas itu lumurkan sabun seketika, baru rendam dengan air panas..
✨Air dah suam sental guna span hijau atau span besi

13. *CARA-CARA NAK CUCI KERAK PADA ION/SETERIKA

1-Kikis segala kerak yg ada pada permukaan seterika.
2-Panaskan seterika sekejap.Off switch seterika ye.
3-Tepekkan savon ke permukaan seterika.
4- Spray dgn savon yg dh dibancuh dgn air.
5-Biarkan setengah jam atau lebih.
6-Gosok dgn span hingga bersih.



Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kesilapan Besar

Ayam Tua Masak Sambal

Soudan Chocolate

Siapa Yang Layak Kerja Keras?

Doa Ketika Jumpa Orang Jahat

Iklan Di Blog

Tips Bangun Solat Malam

Umrah Ramadhan 2025

Sayyidul Istighfar

Rokok ada di Syurga?