Skip to main content

Ayah Susah Nak Puji Anak?


Assalamualaikum..

Apa yang maq taipkan kali ini adalah hasil dari pemerhatian sekeliling mata tua maq sendiri.  Biarpun tak semua terlibat tapi keadaan itu ada  berlaku dari segelintir.

Ayah ayah susah nak puji anak.Terutama bila anaknya dah remaja dan dewasa.Betul ke?

Maq pernah terbaca tweet seorang remaja yang mengeluh bilamana ayahnya tak ucap tahniah pun bila si anak beritahu yang beliau dapat dekan dalam exam lalu.

Dengan ayat," atleast ucaplah tahniah , ayah.."

Maq paham perasaan beliau ketika tu.Bila seorang anak berkongsi kebahagiaannya dengan ibubapanya,mereka nakkan sedikit penghargaan dan perhatian dari orangtuanya.Lagi lagi bila sejak kecil mereka kerap dipuji,tak mustahil sampai ke remaja mereka perlukan itu.Cuma biasanya mereka pandai berselindung.

Anak kita tak perlukan pujian dari orang lain.Bagi mereka orang lain tu hanya pujian sementara dan kadang kadang 'fake' tapi menjadi perhatian dan kebanggaan ibubapa sendiri itu pula sepertinya hidup jadi sangat sempurna.Malangnya kadang ibubapa susah nak puji anak.Terutama si ayah.

Kenapa ea?Mahal sangat ke nak beri kata 'tahniah'?Atau kalau malas nak bersuara tu, taiplah Tahniah kat group whatsapp ,atau kalau malas lagi 'forward' je perkataan tahniah.Kemudahan dah banyak, peluang dah ada depan mata tapi kenapa masih nak kekal ego dan kedekut pujian?


Benda nampak simple dan remeh tapi ianya sangat mempengaruhi sebenarnya.

Mungkin ada juga ayah ayah yang suka memuji anak anak tapi tak semua.Dan majoriti apa yang maq lihat ,ayah ayah memang liat sangat nak tunjuk sayang kat anak mereka sedangkan si anak tu semakin mereka membesar, mereka akan hidup  jauh dari keluarga.Yang dekat hanyalah ingatan kasih sayang dan kerinduan terhadap ahli keluarga.

Tak mustahil satu masa nanti bila anak tu dah berumahtangga dan dah ada kehidupannya sendiri,  mereka liat nak jenguk ibubapa mereka.

Satu keadaan yang sangat mengecewakan sebenarnya.Tapi itu memang boleh berlaku.

So bagi ayah ayah muda diluar sana,jangan lokek nak puji anak.Biasakan dari mereka kecil  hinggalah mereka dah tua bangka.Sampai mereka jemu pun takpa.Anak yang dah dewasa dan dah duduk jauh dari keluarga tu,mereka masih anak anda yang manja dan penuh dengan kasih sayang dijiwa.

Untuk ayah ayah yang dah tua. Bila benda dah jadi, doakan je yang baik baik sebab anda tak selamanya boleh berusaha sendiri, satu masa nanti anda akan perlukan pertolongan dari orang lain jugak.Dan orang lain tu pastinya anak anak andalah.Takkan nak minta tolong kat anak jiran rumah sebelah pulakkan.Dia pun busy dengan  karenah ibu ayah dia.


Gambar sekadar hiasan. 

Nota maq : perangai kita, kita sendirilah yang kena ubah, oranglain mana boleh ubahkannya. 

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana para jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda.  Larangan larangan tersebut adalah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini. Dalam ihram perbuatan yang dilarang, - ...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terla...