Skip to main content

Perlu Ke Buat Pembedahan Untuk Siasat Punca Kematian?


Assalamualaikum.

Ajal maut itu kuasa Tuhan. Yang sakit tak pastinya akan mati awal dan yang sihat tu tak tentu lambat mati.

Cuaca suram sejak semalam hingga pagi ini

Hari ini, berita pemergian pelawak Abam Bocey telah memeranjatkan peminat peminatnya diseluruh tanahair.


: ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ

Al-Fatihah ...
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada keluarganya.Aamiin..

Hanya dikatakan demam beberapa hari dan mengadu sakit kepala,rupanya itulah tanda tanda akhir arwah Abam nak pergi tinggalkan semua yang dah jadi miliknya...

Kes meninggal mengejut seperti ini pasti akan jadi  tanda tanya sebab semua orang tahu arwah tidak punya rekod  apa apa jenis penyakit sebelum ni.  So,proses bedah siasat pasti dilakukan.

Bila baca komen dipage facebook,  ramai warganet tak suka dengan undang undang manusia ini. Mereka kata undang undang semakin pelik. Tapi ada yang antara mereka  tu belum tahu tujuan utama proses tersebut dijalankan.


" Sebenarnya prosedur postmortem ni bukan untuk menyeksa mayat si mati. Siapa pun anda, jika arahan postmortem dikeluarkan oleh pihak polis, waris sebenarnya tidak boleh menolak arahan tersebut.

Isunya kenapa perlu ada prosedur postmortem berkaitan beberapa kes kematian? Tanggapan yang kononnya postmortem ni menyeksa mayat adalah tanggapan yang salah. Dr forensik yang ditugaskan tiada niat pun untuk menyeksa mayat, bahkan segala prosedur akan dilakukan dengan penuh kehormatan.

Mcm kes arwah Abam Bocey, dia melibatkan kes mati mengejut. Kes seperti ini memang akan dilakukan prosedur postmortem untuk tahu punca kematian. Takot2 jika kematian ada unsur jenayah seperti dibunuh dengan racun, disekat saluran pernafasan dan sebagainya. Dan jika benar begitu, polis perlukan bukti untuk sabitkan kesalahan dalam mahkamah.

Cuba bayangkan ahli keluarga anda sendiri dibunuh dengan racun tanpa kita tahu, dan postmortem tidak dilakukan. Jadi dimanakah keadilan di situ. Wallahualam."

Maq jumpa penjelasan yang jelas dari salah seorang warganet di facebook. Maq pun bersependapat dengan beliau. So, janganlah kita nak halang atau nak bangkang kehendak undang undang.  Jika ianya sudah berkuatkuasa dan telah dijalankan sekian lama,tentunya ianya bersebab demi kebaikan. Insyaallah.

Al Fatihah. Terima kasih kerana pernah buat kami tersenyum.


Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa