Skip to main content

Kek Gula Hangus



Assalamualaikum.

Pertama kali mencuba. 100% ikut resepi asal.  Hasilnya kuih jadi tu menjadi tapi rasa manisnya tu keterlaluan bagi maq. Apa tidaknya kalau ikut resepi asal,  gula untuk karamel 1 cawan, kemudian dalam adunan masukan lagi susu pekat manis ½ cawan. Allahhu,  hari hari macamni jangan kata kencing manis, darah pun boleh manis. Hehehe.  So bila kata " kita buat dia" , maq pun olah resepi demi kesihatan mendatang.  Insyaallah. Bawah ini resepi selepas olahan.


Bahan bahan*

*1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil soda bikarbonat
( ayak keduanya )

*1cawan gula pasir
*1cawan air panas
( buat karamel dengan api perlahan. Bila gula dah mencair dan warna jadi keperangan, masukkan air panas. Kacau bagi larut semuanya, ketepikan. Jangan sampai gula jadi hangit nanti kek akan rasa pahit.

*125gram margerin
( cairkan )

*3biji telur
*1sudu kecil esen vanilla
*3sudu makan susu pekat manis
( wisk bahan ni hingga larut sekata)


Cara buat.

Bahan yang telah diwisk tu dicampukan dengan margerin yang dah cair tadi. Kacau lagi bagi sekata. Masukkan tepung yg dah ayak tu, kacau lagi jangan sampai ada ketul ketul. Masukan karamel yang dah suam tu. Kacau dengan wisk lama sikit bagi adunan betul betul sekata.

Sapu loyang dengan margerin. Maq guna loyang saiz 7x3 . Oven panaskan pada suhu 140' .

Bakar pada suhu 140' - ( 25minit ).

Kalau dah 25 minit masih belum masak sepenuhnya, turunkan suhu kepada 100' - bakar selama 10minit lagi,insyaallah Lepastu dah boleh buat air teh O Suam kurang gula.Masyaallah dia punya aura.. Allah je yang tahu..❤❤❤❤

Sarapan maq pagini. Layan dengan secawan susu low fat pun dah rasa nikmatnya hidup.. Alhamdulillah.. 


Pesan maq, bila dah masak, jangan terus keluarkan dari loyangnya.  Tunggu kek sejuk dulu.  Sebab masa kek  tengah panas, strukturnya agak lembut sikit. Nanti kek jadi pecah.

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kesilapan Besar

Ayam Tua Masak Sambal

Soudan Chocolate

Siapa Yang Layak Kerja Keras?

Doa Ketika Jumpa Orang Jahat

Iklan Di Blog

Tips Bangun Solat Malam

Umrah Ramadhan 2025

Sayyidul Istighfar

Rokok ada di Syurga?