Skip to main content

Tahu Tapi Tak Ambil Tahu






Assalamualaikum.

12 PERKARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG KITA TAHU, TAPI KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU. BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA.


*❤️1). Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian.Tetapi ruginya kita MASIH TIDAK MAMPU UNTUK BERJEMAAH DI MASJID ATAU SURAU.

*❤️2). Kita mengetahui bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

*❤️3). Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

*❤️4). Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

*❤️5). Kita mengetahui bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

*❤️6). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

*❤️7). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

*❤️8). Kita mengetahui bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, KITA TIDAK PERNAH MELUANGKAN WAKTU MEMBACA AL-QURAN DALAM JADUAL HARIAN KITA.

*❤️9). Kita mengetahui bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

*❤️10). Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. TETAPI SAYANG KITA TERLALU MEREMEHKAN SOLAT MALAM.

*❤️11). Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. TETAPI SAYANG,,, KITA TIDAK PERNAH MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK HARI ITU.

*❤️12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. TETAPI SAYANG, KITA SELALU HANYUT DENGAN SENDA GURAU DAN PERMAINAN DUNIA, SEAKAN KITA MENDAPAT JAMINAN HIDUP UNTUK SELAMANYA2 .



Sumber : whatsapp group.


Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana para jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda.  Larangan larangan tersebut adalah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini. Dalam ihram perbuatan yang dilarang, - ...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terla...