Skip to main content

Pengalaman pertama dan terakhir



Hari ini semua barang barang ini sudah tidak berguna lagi bagi pihak maq. Harini anak kucing new born yang warna putih, merupakan anak kucing terakhir pergi tinggalkan maq dan family.


12 hari bersama. Dengan pengalaman yang 'zero', maq dah belajar banyak benda dari anak anak kucing tu.

- niat
- ilmu
- usaha
- kerjasama
- tanggungjawab

Niat - awalnya niat kami memang nak tolong kucing ainul mardhiah yang sedang sakit tapi dalam masa yang sama  telah juga melahirkan 3 ekor anak. Kami tahu kami takda pengetahuan pasal anak kucing new born. So kami sepakat kata " kita niat kan je  jaga kerana Allah ,harap harap dipermudahkan" dan akhirnya  semua orang jadi sanggup.

Ilmu - kalau takda ilmu atau pengalaman luas, rupanya jangan berani berani mencoba sesuatu yang berkaitan dengan nyawa. Walaupun ia cuma seekor haiwan. Bila kejadian sedih berlaku didepan mata, pastinya hati automatik jadi terkilan.  Malah boleh membuatkan kemurungan.

Usaha - banyak usaha kami dah lakukan untuk memenuhi keperluan anak anak kucing tu. Sehingga maq dah tahu cara bancuh susu kucing, susu yang sesuai untuk anak anak kucing yang berbeza dengan kucing dewasa. Maq baru tahu kegunaan pad air suam yang digunakan untuk hangatkan alas tidur anak anak kucing. Anak kucing tak boleh sejuk.  Maq juga belajar cara mana nak diaorang boleh kencing, berak dengan guna wet tisu,  bangun setiap 2jam untuk menyusu dan paling sayu, maq dah tahu antara tanda tanda awal kucing  sakit.. Ye, kucing yang tak mahu minum /makan tu tanda dia sedang sakit. Semua tu antara usaha yang beri maq ilmu tentang  penjagaan kucing.

Kerjasama- bila ada anak kucing,  kami bergilir gilir bagi susu. Tukar alas tidur,  bersihkan kucing lepas berak dan kencing. Masak air panas untuk pad alas tidur dan kami begitu  jaga jadual minum mereka.

Tanggungjawab - maq rasa bersyukur atas rasa tanggungjawab yang sementara ini. Allah pinjamkan mereka selama 12 hari kat maq,  maq dah buat semampu maq boleh, tapi maq dah tak boleh ubah ketentuan Allah. Sampai masa, Allah ambil semula pinjaman itu. Maq redha.

Ternyata, anak kucing sangat perlukan belaian ibunya, bukan penjaganya yang tak tahu apa apa ini.

Dan maq ada terbaca info bahawa,  bila ibu kucing itu tahu bahawa anak anak yang baru dilahirkan itu berpenyakit,  dia akan abaikan anak nya begitu sahaja. So, jangan terkilan bila usaha kita nak selamatkan anak anak kucing tersebut gagal.  Waallua'lam.. 
Pengalaman seorang pecinta kucing. Adik perempuan maq. Beliau dah selamatkan banyak kucing kucing terbuang. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau sekeluarga.. 


Okey, lepasni jika ditawarkan lagi untuk pelihara anak kucing, adakah maq sanggup? Jawapannya , maq tak sanggup.. Maq tak rela pada perpisahan yang pedih tu. Inilah pengalaman pertama dan terakhir maq jaga kucing. Boleh dilanda kemurungan dibuatnya. I is kennot.. Letih menangis..

Sekarang baru maq tahu kenapa pecinta kucing tu punya perangai kasih sayang mereka yang  lain dari yang lain..Subhanallah.. Aura dia tu..

Terima kasih Allah untuk pengalaman indah ini.. 😭

Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Khutbah Jumaat JDT

        INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 06 Mac 2020                  11 Rejab1441 TAJUK  :  Menghargai Wanita                 1) Agama Islam- agama yg hormati kaum Wanita; iktiraf kepentingan mereka dlm kehidupan; Allah letak kedudukan Wanita di tempat mulia. 2) Firman Allah Surah An-nisa'/32 bermaksud: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (utk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yg lain (tentang harta benda ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) kerana (telah tetap) orang orang lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan." 3) Kaum Wanita- golongan istimewa; berperanan dlm kehidupan keluarga masyarakat & negara; berkebolehan laksana dua kerja dlm satu masa; sebagai isteri dan  sebagai ...

5 Sikap Yang Mematikan Perasaan Pasangan

  sekadar hiasan** Bismillah, 5 sikap yang mematikan perasaan pasangan. 1.Bahasa Kasar. 2.Memandang Remeh kepada pasangan. 3.Banyak mengarah pasangan. 4.Membandingkan pasangan dengan orang lain. 5.Sikap mengungkit dan menyimpan dendam. Sumber dari sedutan Ceramah Ustazah Nazirah Abu Bakar. Semoga kita tidak menjadi pasangan yang bersikap seperti diatas.

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

  Bismillah, Smoothie Semulajadi Untuk Turunkan Asid Urik Bahan-bahan: 2 batang saderi (celery) 1 biji timun (saiz sederhana – organik lebih baik) 1 biji epal hijau ½ biji lemon (ambil jus sahaja) 1 sudu kecil halia segar (dihiris nipis) 1 gelas air sejuk ATAU air kelapa muda (pilihan) Pilihan tambahan: Beberapa helai daun pudina (untuk rasa segar) Cara Penyediaan: 1. Basuh semua bahan hingga bersih. 2. Potong kecil supaya mudah dikisar. 3. Masukkan semua bahan ke dalam blender bersama air pilihan. 4. Kisar sehingga halus dan sebati. 5. Teruskan minum ketika masih segar – sebaiknya waktu pagi semasa perut kosong.  Tips Penggunaan: Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk kesan yang optimum. Elakkan menambah gula atau pemanis. Jika anda mempunyai perut sensitif, mulakan dengan kuantiti kecil dahulu dan tingkatkan secara beransur. Khasiat Setiap Bahan: ♥️Saderi & Timun: Diuretik semulajadi, bantu buang lebihan asid urik melalui air kencing. Kaya air dan rendah kalori. ♥️Epal H...

Senaman Bersesuaian Penyakit

  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner 💕