Assalamualaikum.
Seperti yang maq pernah rancangkan, pada tahun 2020 ini maq berazam untuk jaga kesihatan diri. Namun manusia hanya mampu merancang ketentuannya ada pada Takdir Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui pada setiap keperluan hamba hambaNya.
Bermula Januari diduga dengan sakit dada dan sakit pinggang. Kemudian diserang pula demam ,batuk dan selsema. Kemudian pada awal Februari sekali lagi dugaan dimana bila batuk, kepala maq akan terasa sakit sangat sangat. Dan Ahad lalu, pada 16 Februari 2020 , maq buat pemeriksaan doktor di poliklinik kesihatan Batu Pahat.
Nombor giliran nak jumpa doktor. |
Hasil pemeriksaan doktor mendapati tekanan darah maq memang dah tinggi. Allahhuakhbarr...
Hasil pemeriksaan doktor. Sekarang dah takda result bacaan atas tu pada 120 ,124,128 .Semadang 138,148,145,153 ...semua ni salah maq sendiri. |
Nasihat doktor :
Kurangkan atau jangan ambil langsung minuman berkafien.
kurangkan masakan berminyak, elakkan makanan masin,manis keterlaluan.
jangan banyak stress atau jangan letihkan diri sangat.
Batuk yang kerap boleh buat kita jadi stress dan letih. Itu juga boleh menyebabkan sakit kepala dan tekanan darah naik.
Maq : terpaksa ganti nescafe/infocafe dengan susu berkalsium tinggi buat masa ni. Minuman jenis Coklat malt pun maq tak lalu nak minum.
Maq : terpaksa ganti nescafe/infocafe dengan susu berkalsium tinggi buat masa ni. Minuman jenis Coklat malt pun maq tak lalu nak minum.
Apa pun demi kesihatan mendatang, lepasni maq kena belajar untuk ubah semua rutin dan tabiat harian maq tu.Sekarang ni kepala masih sakit lagi bila batuk atau bersin.
Allah, andai semua sakit ini pengapus pada dosa dosa silam aku. Aku redha ya Allah.. 😥
Allah, andai semua sakit ini pengapus pada dosa dosa silam aku. Aku redha ya Allah.. 😥
Mudah2an beransur sembuh.
ReplyDeleteAamiin. T. Kasih wak
ReplyDelete