Skip to main content

Maq rindu Puteh


Pagini, pagi Jumaat.




Pagi ini Maq rindu Puteh.


Selalu bila maq buat kerja didapur waktu waktu macamni,   Puteh akan mengiau bila dengar suara maq. Walaupun Puteh dah minum susu,  dia akan terus mengiau. Puteh nak maq senantiasa pegang Puteh.

Maq terpaksa berhenti buat kerja sekejap bila Puteh tak berhenti mengiau. Bila maq datang dan belai Puteh, Puteh akan hidu bau tapak tangan maq, jilat jilat jari maq. Sambil tu kaki Puteh akan panjat telapak tangan maq. Kadang kuku Puteh yang halus dan tajam jugak terkena kulit tangan maq, tapi maq biarkan..

Kemudian maq akan balut badan Puteh dengan tuala , kadang Puteh tenang, kadang Puteh memberontak juga nak lepaskan diri.

Maq akan terus usap kepala Puteh perlahan lahan sambil pujuk Puteh suruh tenang. Kemudian Puteh terus perlahankan suara. Manja je berbunyi sambil letakkan kepala dicelah jari jemari maq. Rupanya Puteh nak tidur ditelapak tangan maq. Bukan sekali tapi setiap hari Puteh nak macamtu.  Kadang Puteh lena kat dada maq.

" Puteh dengar bunyi jantung maq tak? "

 Maq selalu tanya Puteh hehe padahal Puteh tak jawab pun, Puteh tidur je sambil berdengkur. Malas nak layan maq agaknya hehe.

Maq pegang Puteh pun tak boleh lelama sebab maq taknak biasakan Puteh tidur macam tu. Maq takut terbiasa. Bila Puteh dah lena, pelahan lahan maq letak Puteh dalam kotak. Maq akan pastikan warmpad tu masih hangat untuk Puteh selesa tidur. Kain alas tak basah, kalau basah, maq akan tukar kain alas baru. Maq nak sangat Puteh  tidur selesa dalam kotak tu..

Masa maq pergi undangan yasin haritu,  maq pesan Puteh jangan nangis duduk rumah, maq pergi sekejap je nanti maq balik. Maq suruh Puteh tidur. Tapi ayah cakap, Puteh nangis jugak hehe ayah bagi susu, Puteh minum sikit je. Nangis dan terus nangis. Ayah bukan tahu nak pujuk Puteh pun.

Selesai majlis yasin, maq cepat cepat balik sebab maq tahu Puteh nanti takut sebab rumah sunyi. Rupanya betul, maq masuk je rumah Puteh tengah riuh mengiau. Tapi bila maq panggil Puteeeeeh.. Puteh terus masuk dalam tuala dan tidur semula.. Lena pulak tu hehee..

Selesai maq buat semua kerja rumah, baru Puteh bangun dan mengiau lagi. Maq tahu Puteh haus.

Maq tanya Puteh,  Puteh nak "yak ke? ". Maq lap wet tisu kat dubur Puteh.. Pelahan lahan.  Haaa..betul Puteh berak. Najis yang tak lembik tak keras tapi beketul ketul. Sumpah!  Masa ni maq tak rasa geli pun dengan najis Puteh tu. Padahal maq memang sensitif bau busuk busuk ni. Maq lap pelahan lahan sampai bersih. Semua ni maq belajar dari google dan youtube, sebab baby meow sebaya Puteh tak tahu nak berak. Kalau ibu Puteh ada,mesti dia yang buatkan semua ni untuk Puteh. Alhamdulillah,  Puteh diam je bila maq buat semua tu. Lepas minum, Puteh tidur.

Puteh senang maq nak uruskan. Minum tidur,  minum tidur kemudian berak kencing. Itu je kerja Puteh selama disamping maq.

Tapi pada hari ke 10 Puteh dengan maq,  lepas berak, Puteh terus lesu.. Maq tak tahu kenapa. Maq belai Puteh,  Puteh bersuara lemah. Maq hulur susu dibibir Puteh, Puteh menolak. Puteh tidur je sepanjang haritu.

Maq sedih.. Maq risau..

Kalau sebelum ni 2 jam sekali Puteh mengiau nak susu, lepas kejadian hari ke 10 tu, Puteh langsung tak nak susu. Maq tanya Puteh kenapa?  Maq usap usap badan, maq gosok perlahan perut dan kepala Puteh, tapi Puteh cuma mengiau lemah.

Maq makin sayu.. Haritu Kuning dan Itam pun buat macamni kat maq sebelum mereka tinggalkan maq..

" Puteh.. Jangan pergi dulu, maq nak tengok mata Puteh terbuka dulu. Maq nak sangat tengok mata Puteh yang cantik tu. "- itu bisik maq kat telinga Puteh.  Tapi masa tu Puteh diam je, Puteh tidur sambil tahan sakit agaknya.

Pagi hari ke 11 - " Puteh minum sikit je tadi " - itu kata Aida sebelum dia keluar pergi kerja. Maq cakap takpa, nanti maq beri lagi..

Dari pukul 8-12 , Puteh minum sekali je, itu pun sikit sangat.  Maq picitkan air masak guna picagari kat bibir Puteh. Tapi Puteh taknak. Puteh cuma nak baring atas tapak tangan maq sampai lelap.

Maq cuma mampu menangis. Pujuk Puteh minum.  Ye Puteh minum jugak, tapi sikit sikit.

Pagi hari ke 12- pukul 4.00 am, maq kejut Puteh untuk susu, Puteh bangun lemah. Masih mengiau cari tapak tangan maq. Hidu bau jari jemari maq.  Jilat lembut kulit tangan maq. Maq lap air kencing Puteh. Maq bagi Puteh minum  air masak suam sikit sikit kat Puteh,kemudian Puteh tidur semula.

8.00 pagi - Puteh tidur. Tak nak minum pun susu yang Aida buat. Maq cakap kat Aida, kita redha je apa jadi kalini. Kita dah buat apa yang kita mampu.  Kita dah usaha sedaya upaya kita.  Kalau pengakhirannya adalah pergi,  kita kena relakannya.

Aida diam...

9.00 pagi - kat rumah cuma maq dan Puteh.  Tetiba Puteh mengiau kuat, maq stop buat semua kerja.  Maq usap perut Puteh, kepala Puteh. Puteh cuba untuk bangun nak panjat telapak tangan maq tapi Puteh tak mampu, Puteh lemah sangat sangat. Maq usap badan Puteh, supaya Puteh tenang. Puteh baring, kemudian nak bangkit semula cari bau telapak tangan maq. Hidu lagi bau jari jemari maq..

Puteh... Maq kelu ,maq tak tahu nak buat apa lagi. Maq takda ilmu apa pun bila Puteh sakit macamni.😭

Bila maq tengok Puteh dah lemah sangat sangat,  Maq cakap, kalau Puteh dah sakit sangat, Puteh pergilah dengan tenang. Maq tak sanggup tengok Puteh tahan sakit macamni lama lama.

Allah.. Allah.. Allah.. ( kesedihan paling teruk  maq rasa pagi tu)

Airmata maq menitis nitis atas bulu Puteh yang gebu tu.  Bila maq gerak ketempat  lain Puteh mengiau lagi. Bila maq dekat, Puteh senyap..

Lama keadaan macamni berulang ulang. Sambil masak maq cuma mampu panggil,

Puteh.. Puteeeh ..sabar ye sayang..

Airmata maq jangan kira macamana masa ni, Allahhu pedih sangat.Sengaja maq panggil nama Puteh berulang ulang sebab maq nak Puteh tahu maq ada je dengan Puteh kat dapur tu temankan Puteh sambil maq memasak.

Maq beritahu kepada  semua orang 

12.00 tengahari - maq siap kemas ,siap masak. Maq dah sediakan makanan tengahari untuk Aida yang akan balik rehat nanti. Suara Puteh dah tak kedengaran lagi.. Maq pegang Puteh.  Badan Puteh dah keras. Tapak tangan dan kaki Puteh dah sejuk. Puteeehhh...


Allahhuakhbarrrrr... 😭

Maq tarik nafas maq panjang panjang dan hembus perlahan lahan..

Allahhhh...

Itu je yang maq mampu sebut masa tu. Nama itu je yang maq mampu panggil saat tu..



Inilah penenang untuk puteh. Sambil buka penutup bekas susu tu, suara puteh terjerit jerit mengiau. Maq akan cakap, sabarrr.. Sabar... Heheee. Tapi disebabkan maq kurang ilmu, maq tak paham mana satu 'penenang' yang sesuai untuk baby seusia puteh, akhirnya puteh tinggalkan maq jugak.

Mungkin orang akan anggap maq terlalu beremosi dalam keadaan macamni. Tapi jujur maq kata, bila maq dah sayang, mustahil maq akan lupa. Malah ia akan buat maq rindu..

Maq rindu Puteh...

Biarlah orang nak kata apa,  yang pasti Puteh dan lain lain dah buat maq kenal tentang bagaimana kelebihan mahluk mahluk ciptaan Allah yang ada diatas muka bumi ini. Allah maha pencipta. Allah maha penyayangi, Allah maha mengetahui.

*Takbir*❤

Comments

  1. Allahu sedih baca.
    Bersangka baik mungkin mati itu adalah yang terbaik buat Puteh.

    ReplyDelete
  2. Mrs A : ya, Allah maha mengetahui pada tiap kejadian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com http...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Ainul Mardhiah 2 Tahun 6 Bulan

 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu. Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah. Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling....

Tanjung Hill 2021

 Assalamualaikum. Semalam encik suami bawa maq beriadah ke Tanjung Hill selepas hampir 2tahun tak kesitu kerana PKP C19. Tanjung Hill ( Bukit Tanjung ) memang lah macam tu jek ,tak berubah.Cuma kalini maq dan encik suami beranikan diri untuk jelajah kesemua kawasan dibukit tersebut. Aamiin yaa Allah..

Bagaimana kalau hari ini adalah hari terakhir bagi aku?

Assalamualaikum. Maq pernah terbaca pada satu kenyataan. Kalau nak tengok kebaikan sesaorang tu, lihatlah pada kehadiran orang lain pada hari terakhir beliau didunia. Maknanya jumlah tetamu yang datang ziarah pada hari kematian kita. Terpegun maq petang semalam bila tonton live sebuah page di facebook dimana pengkebumian awrah Abam Bocey berlangsung. SubhanAllah... Semua golongan manusia dari berbagai latar belakang hidup ada menemani jenazah dari pagi hinggalah ke proses pengkebumian selesai. Allahhuakhbar.. Allah bayar cash. Walaupun kesedihan itu ada tapi rasa syukur tetap memanjat minda. Anak yang baik terhadap keluarga terutama ibu, inilah balasan Allah untuknya. Allahhu.. Hati perempuan maq terus jadi sayu* Sejak kahwin, maq belum pernah berkesempatan jaga ibu abah. Sampai ke harini kami masih terpisah atas sebab komitmen masing masing. Maq masih tak mampu lagi nak hulur duit belanja ratusan ringgit kat mereka. Maq sendiri pun hidup ditanggung oleh suami. Pern...