Skip to main content

Mengalah Demi Bahagia


Assalamualaikum.

Kali ini masih macam entri entri yang selalu.  Tak mahu cerita pasal orang lain, menaip cuma nak kongsi pengalaman peribadi sendiri sahaja.

Sejujurnya. Setiap orang akan bernikah dengan orang yang memang dia kenali. Kenal family dia, tahu latar belakang hidup dia,  tahu kerjaya dia. Tahu perangai dia.  Tapi setelah kita menikahi dia ,belum tentu kita kenal siapa dia yang sebenarnya.

Bila dah duduk serumah bertahun tahun sekalipun masih nak berkelahi, susah nak terima pendapat sedangkan hari hari dok mengadap muka yang sama.  Kenapa ye?    Sebab nya kita belum betul betul kenali dia.

Eh... Pasangan sendiri kot, takkan tak kenal?  Ini kata kita, tapi hakikatnya memang begitulah.

Kenapa kadang ada bergaduh?  Tentu sebab pandangan kita berbeza dengan si dia. Kenapa ada selisih faham?  Kenapa ada marah?  Tak puasati?  Sebab ego masing masing malas nak paham perangai pasangan masing masing.


Bagi maq,  cara paling mudah nak elak bergaduh  dikalangan suami isteri bagi ialah dengan amalkan sikap suka mengalah.

Rasa bosan sebab asyik nak mengalah?  Takpa,  mengalah bukan tanda anda salah atau anda  kalah.  Teruskan je mengalah.  Ikut je kata pendapat dari dia.  Anggap saja  yang si dia tu perfect person dalam rumahtangga kita.  Pasangan sendiri kot.. Biarlah dia perasan yang dia je yang selalu betul. Nanti bila hari hari dia  dah rasa yang dia betul,  lama lama dia pun akan rasa letih jadi 'betul'. 

Alamak,  boleh ke ada rasa macamtu?  waallahuala'lam..


Kalau dulu dulu kan,  maq selalu sangat protes kata kata dan pendapat dari encik suami.  Well, biasalah orang perempuankan ,mana nak kalahnya . Kata dia jek  yang betul.. Dia sesaja nak menang..

Hehe maq sedang berkata benar ni*

Tapi sekarang, bila dah  kenali beliau.  Maq dah tahu apa kesukaan dan yang menjadi ketidak sukaannya , maq akur.  Biarpun bagi maq apa yang maq buat itu betul, maq tak akan  protes apa apa dah.

Bila encik Suami kata No,  maq pun akan kata oklah No pun No laaa..  ( nampak  tahap keikhlasan yang meleset disitu  ) tapi takpa, mula mula memang kita macam tak ikhlas, nanti lama lama dah lali dah situasi  tu.  Akhirnya jadilah diri ini seorang yang selalu mengalah dan lebih kepada,

     ye,bang okey.. Baiklah bang..


Huhu ( sejenis isteri yang cuba menurut cakap jek ni ) ikut cakap suami sendiri tak salah pun kan. Dan untuk kenali encik suami setelah menikahi beliau,  maq ambil masa hampir 20 tahun!  Dah 20 tahun barulah maq betul betul kenal beliau.  Haha sungguh!  Bukan satu kerja yang mudah uii..


Macamana maq nak kenali diri Encik suami? Pertamakali  Maq terpaksa cari buruk pada diri maq dulu. Buruk maq yang encik suami tak suka maq buat. Baik sendiri tak perlu dicari sebab kita takkan rasa baik kita kalau kita ikhlas.  Bila dah kenal pasti siapakah diri sendiri yang sebenar, akhirnya akan terjumpalah diri sebenar encik suami yang selama ini maq langsung tak perasan. Tak ambil peduli. Alhamdulillah ,walaupun  agak sukar tapi ianya berhasil.  

Kenapa maq kata 'agak sukar'?  , sebab kita kena ubah diri kita!  Buang tabiat kita yang si dia tak suka!  Fikir betul betul, apakah kalau maq teruskan perangai/tabiat tu,  encik suami sorang kah tak suka?  Atau ada ramai lagi orang tak suka? Ubah perangai bukan kerja senang ye anak anak.  Tapi kalau kita sendiri tak ubah, oranglain tak mungkin mampu ubah perangai kita. Ye,  semua itu kena ambil masa.

Paling penting kita kena lebihkan sabar dengan jangan takut untuk amalkan sikap lebihkan rasa mengalah dan pilih untuk diam bila marah atau terasa hati. Dan Maq juga sedang belajar dari kata nasihat di bawah ini demi sebuah bahagia dunia...




Nota maq : okey,  ini adalah pengalaman, bukan sejenis hasutan .sekian... 

Comments

  1. Wah.. Lama betul ambil masa sehingga 20 tahun tu ye. Kiranya LeYa ni baru 5 tahun. Mesti banyak lagi la belum kenal suami sendiri kan.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Jangan ikut perangai maq, leya kena laju sikit
    buat suai kenal.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...