Assalamualaikum..
Minggu lepas maq ada pergi temankan Along ( anak perempuan sulong maq ) ke kedai menjual bahan kuih di Taman Bukit Pasir,Batu Pahat. Katanya kedai tersebut baru je beroperasi disitu. 1001 jenis barang keperluan membuat kuih ada terjual disana.
Sedang maq leka meninjau barang barang dalam kedai bersama cucu maq ,Ainul. Tiba tiba mata terpandang pada bungkusan ini.
Campuran kek red velvet! |
Bila baca panduan membuat nya maq rasa macam,eh senang bebeno ! Haha makanya maq pun belilah sebungkus untuk dijadikan 'percubaan pertama'.
Dan sampai dirumah , hati seorang perempuan ini begitu teruja hendak membuatnya ( ayat kemain )😂. Bawah ni apa yang berlaku selepas itu..
Bahan bahan yang perlukan :
1paket tepung red velvet yang dibeli.
65ml air
65ml mentega (2sudu makan mentega dicairkan)
200gram telur ( maq guna 3biji telur gred A )
Cara :
Mix air dan telur sampai kembang. Masukan tepung red velvet tu sedikit demi sedikit , sampai habis sepeket. Mixer pada mode sederhana . Mixer sampai rata dan ringan.
Bila dah ringan masukan mentega cair yang dah disejukan terlebih dahulu tu. Mixer lagi sampai adunan menjadi hebat ! Haha hebat tu maknanya bila diangkat sesudu adunan tu nanti adunan tu akan meleleh berlipat lipat sempurna. Maq lupa nak tunjuk prosesnya tu. Nextime ya.
Siap untuk dibakar. Jangan lupa , tinggalkan sedikit ruang pada acuan tu untuk mengelakkan kek anda membuakkan hasilnya. Adunan kek akan naik dengan jayanya tau . Hasilnya kat bawah ni.. |
Sepatutnya ada cheese cream atas muffin tu tapi ,belum sempat ber krim bagai , dah licin ! 😂 buat makan petang sambil minum nestcafe O kaw ,lepastu layan pulak lagu jiwang. lahaiii sedo sedo muffin tinggal segini..
Nota maq : kek ini ada banyak lagi perasa lain. Pandan ,vanila ,blueberry..maq teringin nak buat muffin pandan pulak lah..mesti sedap.. 😂 . Dan untuk anak anak dara yang sedang diet tu , jangan ingat makan boleh mengemokan. Main game berjam jam , malas minum air masak pun punca berat badan naik lahhh.. So, apa aja salah saya? Masak je kot.. 💁
P/s : tepung yang berat 250gram tu telah menghasilkan 19 biji muffin saiz 10.5cm , Alhamdulilah..
Mudah nak sediakan muffin tu ye. Sedap makan kalau masih panas, baru kuar dari oven he heheee.
ReplyDeleteAmie : ya sangat mudah dan sangat sedap , hehe
ReplyDelete