![]() |
Bismillah,
Pada pendapat maq, tak banyak yang diperlukan untuk hidup dalam circle akhir zaman ini. Sebagai manusia yang waras,ada 2 hal yang perlu kita jaga sebaik baiknya.
1-jaga iman
2-jaga kesihatan
Jika iman sempurna,segala ujian yang datang,jiwa boleh hadap dengan tenang. Letaklah apa pun sebagai ujiannya,hati tetap berbalik pada tauhid yang dipegang.Semua ini adalah aturan Allah.Kerana Qada dan Qadar Allah.Masa tu apa pun masalah biarpun masalah terpaling berat,ia takkan jadi luka atau kudis berdarah pada diri.
Kesihatan yang baik boleh buat hati tenang juga.Selesa dalam melakukan kerja hakiki dan lakukan ibadah seharian.Maksud kesihatan terjaga baik tu bukanlah takda sakit langsung tapi tubuh badan sihat tanpa perlu makan ubat yang banyak dan tak perlu nak kena follow up medical check up tiap bulan atau setiap tahun.Dan minda tak perlu tersakiti asbab rasa iri hati.Ye,itulah sihat yang terjaga baik yang maq maksudkan.
Umat akhir zaman macam kita ni sebenarnya sangat perlukan ketenangan jiwa. Masyarakat kita kian celaru. Haru biru dan membimbangkan.Yang tahu je tahu ...
Walau bagaimana pun, apa yang belaku dalam kehidupan seharian ini adalah aturan dari Allah.Jangan mengeluh jika diuji dan jangan lupa diri jika hidup selesa tanpa ujian.
Jalan hidup manusia itu walaupun pada susur jalurnya nampak sama tapi hakikatnya ia tetap berbeza.Sebagai hamba kita cuma layak ucapkan kata ,
" syukur Alhamdulillah .."
Maaf,ini hanya pendapat Maq,mungkin cara pemikiran kita berbeza.It's okey.
Salam subuh 2 Muharam 1448❤

Comments
Post a Comment