Skip to main content

Suami Itu Siapa?


Assalamualaikum.

Harini Sabtu. Alhamdulillah esok confirm Ahad!
Eleh.. Ainul Mardhiah pun tahu la tok mak lepas Sabtu tu Ahad hehe

Malam tadi papa Ainul send  gambar ainul berkopiah! Dah macam askar pubg tok mak tengok , 😂..

Chakk !
Haishh dah tak rupa baby 12bulan dah Ainul ni.. Dah macam kanak kanak 3-4 tahun ! Usia setahun dengan berat badan 12kilogram ! Alhamdulillah ..


Sekarang Ainul dah jarang datang rumah tok mak sebab mama dah berhenti kerja.Keadaan kesihatan mama tidak mengizinkan mama kerja diluar. Kesan bersalin cara pembedahan tu memaksa mama tak boleh buat kerja yang lasak. Semoga Allah permudahkan urusan Ainul sekeluarga.


Nak sambung cerita ke tak ni? Okey sambung! Bukan pasal pubg tapi pasal Suami.

Suami itu Siapa?

Suami itu insan lelaki yang berpasangan dengan seorang perempuan yang dipanggil isteri. Biasa biasanya suami beristeri sorang ,kadang kadang tu dua orang ,jarang jarang lah nak beristeri tiga orang. Empat orang tu kira nasib badanlah tuan , haha..

Suami nakal tu salah siapa?

Nakal disini maksudnya suka melepak dengan kawan kawan sampai pukul 2-3pagi. Peminat tegar perempuan  perempuan cantik dan seksi. Abaikan soal agama anak anak , isterinya dan diri dia sendiri. Okey , Jangan salahkan sesiapa ,hanya dia yang mampu ubah perangai dia ,bukan isterinya atau anak anaknya . Bukan juga  orang lain. Sebaliknya,sebagai isteri,jangan berhenti doakan  untuk kebaikannya. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Allah jua maha pendengar doa..in shaa Allah..


Susah nak nasihatkan  suami ?

Yalah mereka anggap mereka itu ketua rumahtangga. Dah jadi ketua takkan nak dengar arahan /nasihat orang bawahan ,ye kan? Tentunya semua yang dia buat itu betul pada dia. Suami  tak nak terima nasihat ? Tak apa , esok esok berpesan pesanlah lagi dengan nasihat yang sama , asalkan nasihat tu tidak menyinggung hati nya yang sentiasa dihimpit ego tu. Pelan pelan kayuh cik Peah.. Tu suami awak ,awak je yang layak perbetulkan keadaan tu.


Suami seorang yang kuat cemburu?

Itu tak boleh ,ini tak boleh. Itu jangan ,ini jangan. Nak buat apa kalau dapat suami macam ni? Ye , ambil tahu tentang apa apa saja yang dia tak suka. Yang dia kata jangan tu untuk apakah? Kalau sekadar dia tak izinkan anda bekerja diluar kerana tak nak anda curang, okey ,ikut je arahan dia. Rezeki anda telah tertulis ,jangan risau. Kalau suami anda tak izinkan anda bersembang dengan kawan lelaki anda kerana takut anda terjatuh cinta.okey , stop sembang. Kalau dapat block je nombor whatsapp kawan kawan lelaki anda tu. Dapat nombor lelaki ,block! Dapat nombor lelaki ,block ! Last last jadi goblok ! 


Suami cerewet hal makan minum?

Cari masakan apa yang dia paling suka. Belajar lah cara nak masak masakan tu. Tak sedap ,cuba lagi ,tak sedap lagi ,cuba lagi. Tak sedap lagi ? Dah ,jangan masak resepi tu lagi, tukar resepi lain! Kalau suami masih complain tak sedap? Haa suruh je dia masak sendiri ,habis cerita ! Atau suruh emak dia je masakkan , itu lebih afdal #airtanganibu 😂


Suami kedekut sebab bergaji kecil ?

Bila dah kawin tentu kita tahu banyak mana gaji suami kita tu. Dah tu kalau suami tu gaji cukup cukup makan , kenapalah nak suruh dia beli macam macam? Naluri perempuan biasanya sukar dikawal. Orang beli tu , dia nak tu. Orang beli ni, dia nak ni. Cik Peah , tu rezeki suami dia ,bukan suami awak. Lainlah korang kongsi suami haa masa tu apa orang tu dapat , awak pun kena dapat jugak. Pujuk hati! Syukur pada apa yang dah dimiliki. Abaikan rezeki orang sebab dah itu memang hak dia. Nanti ada rezeki kita ,kita pulak tayang kat dia..hahaha ehh.. tak baik tayang tayang  wei !


Okey , persoalannya sekarang. Suami tu siapa?

Suami itu umpama seorang baby yang perlu dijaga kesemuanya. Biarpun dia kerja membanting tulang dan keringat untuk nafkah isteri isteri dan anak anak , dia tetap baby yang kena diturut kehendaknya . Yang kadang tu boleh buat airmata kita gugur ,boleh buat hati perempuan kita luruh, turutkan saja . Kenapa maq kata macam ini? Sebab dah tiba masanya orang perempuan kena tukar prinsip diri.


Kalau selama ini orang kata  perempuan tu perangainya memang dia saje nak menang,okey kita ubah ! Kali ini Orang Perempuan Kena Mengalah! Okey tak ? Mengalah bukan sebab kalah tapi sebab nak kejar syurga je cik Peah.. Anda mampu lakukannya. 


Maq ? Sedang lagi berusaha lah ni . Dan rasanya maq kekal untuk pilih diam dan senyum 😊




Para isteri ,lihat diri kita sendiri.  Kita lah acuan suami. Baik perangai suami, baik juga perangai isteri. Bijak suami ,bijak juga isteri. Walaupun semua tu kena makan masa yang agak memenatkan.


Suami bahagia, isteri juga bahagia,in shaa Allah..❤




Comments

Popular posts from this blog

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Santai Di Pantai Perpat Hari Malaysia

  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib seperti mana yang sering kita lihat selepas je solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar.Semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Okey ,peluang sudah ada didepan mata , 80 kali untuk hapuskan dosa selama 80 tahun. Dah tu apa nak tunggu...

Inilah waktunya untuk jadi Orang baik Yang bijak

Assalamualaikum. Mengenai bantuan Covid19 . Ramai yang pertikaikan penerima penerima sumbangan bantuan tu. Ada yang layak tapi tak dapat, ada yang macam tak layak tapi dapat. Dalam situasi macam sekarang ni,  maq rasa kita jangan pilih layak tak layak tapi kita bagi pada mereka yang memang sangat memerlukannya. Al maklom dah hampir 3 minggu tak pergi kerja, mesti ada yang dah kering stock dapur mereka. Siapa yang memerlukan bantuan tu? Golongan yang diutamakan adalah mereka yang, -duit simpanannya dah habis langsung. -duit nak beli barang dapur langsung dah takda. -Putus pendapatan dan tanggungan ramai nak dibagi makan. BUKAN untuk golongan macam ni. -ada duit tapi sayang nak guna. -ada duit tapi saja nak juga merasa dapat bantuan. -ada duit dalam bank tapi malas pergi cucuk. -ada pencen, socso, bantuan bulanan JKM/Zakat dan gaji bulanan. DAN bukan juga untuk golongan macamni, -dlm petiais penuh lagi barang basah. -dlm almari penuh lagi barang kering...

Isteri Penghuni Syurga

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat penuh barokah. Sedikit perkongsian dari seorang sahabat hati. Jom para isteri, sama sama kita perbaiki diri dari hari ke sehari. Mudah mudahan Allah perkenankan.. Aamiin yb Gambar sekadar hiasan. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... Isteri yang bangun tengah malam, Minta ampun pada Allah bagi pihak suami, Kerana dia tahu suami dia buat jahat, Dia tahu suami dia malas solat, Dia tahu suami dia buat dosa, Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya. Jadi para isteri, Kesalahan suami itu di doakan pada Tuhan. Bukan diceritakan.Bukan di aibkan. Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, disebab isteri itu dia diterima ke syurga, Atau di humban dalam neraka! Jazaakallaahukhairan ust Abu Hurairah Asifa.  Ù‚ال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم بنسائكم من أهل الجنة؟ ...